Carles Puyol Bagi Gambaran Pernah ‘Mengunyit’ Dengan Casillas?

Legenda bola sepak Sepanyol, Iker Casillas dan Carles Puyol mencetuskan sensasi di internet selepas kedua-dua mereka memberi bayangan yang mereka sebelum ini pernah bercinta.

Hal tersebut mula menjadi topik perbualan hangat para peminat selepas legenda Real Madrid memuat naik status di laman media sosial miliknya, dengan beliau mengaku dirinya ‘kunyit’.

Secara terbuka dan tanpa segan silu, Casillas mendedahkan:

“Saya harap kamu semua hormati saya: Saya gay. “Felizdomingo.”

Ciapan tersebut mula mendapat perhatian peminat dengan ramai dari mereka meninggalkan pelbagai komen pada muat naik tersebut.

Jelas sekali ramai yang mengecam tindakan Casillas yang terlalu terbuka mendedahkan beliau seorang ‘kunyit’ di media sosial.

Penjaga gol legenda itu menjadi bekas atlet profesional pertama di dunia yang dengan beraninya mengaku dirinya ‘kunyit’.

Bekas bintang Real Madrid yang kini berusia 41 tahun itu sebelum ini pernah berkahwin dengan wartawan dari Sepanyol, Sara Carbonero dan memiliki dua orang anak sebelum mereka bercerai pada Mac 2021 yang lalu.

Apa yang menariknya tentang kisah pengakuan Casillas itu adalah komen dari Puyol yang menunjukkan seolah-olah kedua-dua mereka pernah bercinta sebelum ini.

Selepas melihat Casillas membuka aibnya di laman media sosial, Puyol kemudiannya menambah sensasi lagi dengan menulis:

“Sudah tiba masanya untuk cerita tentang kisah kita, Iker (emoji love).”

Adakah legenda Barcelona itu cuba untuk memberitahu dunia bahawa beliau pernah ada hubungan cinta dengan Cassilas?

Bekas ketua pasukan Barcelona bercinta dengan bekas ketua pasukan Real Madrid ketika mereka masih menjadi seorang pemain?

Agak menarik untuk mengetahui kisah lanjut tentang hal ini.

Casillas walau bagaimanapun telah memuat naik status terbaru untuk menafikan hal tersebut, dengan beliau mendedahkan yang dirinya sengaja melakukan hal itu demi untuk menutup mulut media yang tak henti-henti mengaitkannya dengan wanita lain.

Andai Casillas hanya bergurau, apa pula maksud sebalik ciapan yang ditulis oleh Puyol? Adakah cinta pertahanan legenda itu tidak berbalas?

Masih tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku, namun setakat maklumat yang diperolehi pada ketika ini, kedua-dua mereka sah ada menyembunyikan sesuatu dari peminat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN