Gagal Capai Kata Sepakat Punca MSN, Dennis Bekking & Saad Ichalalene Berpisah

NFDP

Kehilangan beberapa nama besar dalam skuad projek Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) yang akan menyertai pasukan Liga Malaysia tidak mengusarkan Majlis Sukan Negara (MSN) sebaliknya mereka sudah menyediakan beberapa calon yang sesuai untuk menjawat jawatan yang ditinggalkan.

Bagi Ketua Pengarah MSN, Datuk Shapawi Ismail pemergian mereka bukan suatu isu yang besar atau mengejutkan sebaliknya ia adalah lumrah dalam dunia bola sepak.

Malah, perubahan perlu dilakukan demi kebaikan bola sepak.

“Kontrak mereka sudah habis, kita akan cuba [cari pengganti] dari orang tempatan kepada orang baharu. Sebab [ mereka] sudah enam tahun dalam NFDP.

“Dia sudah lakukan kerja dia dan sekarang masa untuk lakukan perubahan. Kalau nak tenaga luar pun, ambil tenaga luar lain, contohnya opsyen yang lebih baik.

“Pada saya, perkara ini normal, EPL pun bertukar-tukar manager (pengurus)” ujarnya.

Pihak pengurusan MSN ada menawarkan beberapa pilihan kepada mereka namun apa yang diberikan itu tidak dapat menarik minat serta gagal untuk capai kata sepakat bersama.

Disebabkan itu pihak MSN harus membuat pilihan terbaik bagi memastikan agenda serta perancangan yang dilakukan untuk NFDP dapat berjalan seperti dirancang.

Isu pemergian orang penting ke pasukan lain tidak patut dijadikan isu kerana bagi Shapawi kadang kala keadaan itu menyebabkan sesuatu keputusan harus dilakukan.

“Katakan mereka mendapat opsyen yang lain, mereka dapat tawaran dulu dan mereka pergi. Apa orang akan kata pula?

“Mereka bekerja dengan baik, bagus tapi ada benda-benda yang mungkin kita rasa [perlu ditukar] sebab sudah enam tahun.

“Adakah kita nak ambil mereka ini jadi orang Malaysia. Adakah itu yang kita nak? Kalaulah saya jadikan mereka ini orang Malaysia, bermakna kadar gaji mereka akan jadi seperti orang Malaysialah,” katanya lagi.

Difahamkan isu utama dalam hal ini berkenaan bayaran gaji dan apabila gagal mencapai kata sepakat, masing-masing terpaksa membawa haluan sendiri.

Untuk mengisi jawatan penting ini, ia dijangka akan diberikan kepada orang tempatan kerana pihak MSN percaya ilmu sudah diturunkan kepada mereka yang terlibat.

Tiba masanya pula orang tempatan membuktikan sesuatu biar pun keputusan ini ada risikonya.

Malah dengan kos diberikan kepada tenaga luar, MSN boleh mendapatkan sekurang-kurangnya tiga atau empat individu tempatan untuk berada dalam NFDP bagi memainkan peranan dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Selangor telah mengumumkan bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Dennis Bekking akan menyertai pasukan tersebut sebagai pengarah teknikal yang baharu bagi memastikan mereka kembali digeruni.

Manakala bekas Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene juga dikatakan akan menyertai sebuah kelab yang mempunyai pengaruh yang sangat besar di Malaysia.

Ichalalene sudah bersama dengan NFDP hampir enam tahun manakala Bekking pula telah menabur bakti sejak 2019.

Sumbangan mereka dalam NFDP tidak dapat dipertikai lagi namun dalam bola sepak beginilah pengakhiran bila kedua-dua pihak tidak dapat persetujuan bersama.

Maka langkah terbaik adalah pergi ke destinasi seterusnya dan membawa haluan sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN