Chanathip Songkrasin Tarik Diri Wakili Thailand Di Piala AFF 2022

Chanathip Songkrasin

Bintang bola sepak Thailand, Chanathip Songkrasin telah pun memilih untuk menarik diri daripada mewakili negaranya dalam kejohanan Piala AFF 2022.

Keputusan itu dibuat olehnya selepas mewakili negaranya dalam empat edisi kejohanan tersebut sebelum.

Menurut Chanathip, keputusan itu dibuat selepas pemain itu berasakan yang dirinya tidak bersedia untuk mewakili Thailand dalam kejohanan tersebut walaupun sudah melakukannya untuk empat kali.

“Saya mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Thailand, tetapi saya perlu berterus terang yang saya sudah beraksi empat kali dalam kejohanan ini dan saya tak bersedia untuk edisi akan datang.

“Buat masa sekarang, kami tak cukup pemain untuk menggantikan pemain senior pada masa akan datang,” katanya menerusi Bangkok Post.

Chanathip yang beraksi untuk Kawasaki Frontale di Jepun turut mengatakan yang beliau kini mahu menfokuskan kariernya kepada tugasan kelab dan itu juga menjadi sebab kenapa dirinya menarik diri daripada skuad Thailand.

Ditambah dengan Piala AFF dilangsungkan di luar kalendar antarabangsa FIFA menjadikan pemain ini mempunyai lebih sebab untuk tidak menyahut panggilan skuad kebangsaannya.

Walaupun telah dipujuk oleh jurulatih Manu Polking serta FA Thailand, namun Chanathip tetap berkeras tidak mahu mewakili negaranya kali ini.

Chanathip adalah ketua pasukan Thailand sewaktu mereka bersaing dalam Piala AFF 2020 di Singapura.

Ketika itu, beliau berjaya memimpin skuad Thailand menjadi johan dengan menumbangkan Indonesia di perlawanan akhir.

Sumber:

Leave a Reply