Kenali Brother Yaya, Penjual Nasi Lemak Di UM Yang Miliki Lesen Kejurulatihan UEFA

Beberapa jam lalu, laman Facebook rasmi Universiti Malaya (UM) telah berkongsi satu cerita menarik mengenai seorang individu dari Nigeria memiliki lesen kejurulatihan UEFA B yang kini merupakan penjual nasi lemak.

Menurut Facebook tersebut, individu itu bernama Oluwashola Yaya Olukosi dan beliau merupakan penjual nasi lemak pada waktu pagi di UM kepada para pelajar.

“Jika disebut nama Oluwashola Yaya Olukosi, mungkin tiada yang mengenalinya atau tahu menyebutnya dengan betul.

“Namun pemilik nama ini tidak lain tidak bukan adalah Brother Yaya si penjual nasi lemak di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya,” jelas kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan tersebut, Yaya akan memulakan tugasnya selaku penjual nasi lemak seawal jam 4 pagi untuk mengambil aneka lauk di Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

Kredit: Universiti Malaya

Selepas itu, jejaka dari Nigeria tersebut akan mula menjualnya pada jam 7 pagi di UM kepada kepada para pelajar dan serta staf sehingga habis.

“Kemas berkemeja putih dan seluar hitam setiap hari, lelaki berumur 38 tahun itu tekun melayan permintaan dan kerenah pelanggan di kiosk miliknya,” tambah kenyataan dari UM.

Jika dilihat pada Facebook milik Yaya, pastinya orang ramai beranggapan beliau merupakan seorang peminat sukan bola sepak.

Ini kerana, Facebook milik Yaya dipenuhi dengan gambar beliau bersama rakan-rakan di padang bola sepak atau futsal sekitar Kuala Lumpur.

Namun, tak ramai mengetahui sebenarnya Yaya mempunyai ilmu serta pelbagai kelayakan dalam sukan tersebut termasuklah diploma kejurulatihan bola sepak serta memiliki lesen UEFA B.

Menurut rekod daripada UEFA, pemilik lesen tersebut sebenarnya membenarkan Yaya untuk menjadi ketua jurulatih bagi kelab amatur serta pasukan belia bawah 16 tahun.

Selain itu, Yaya juga tidak bermasalah untuk melayakkan diri menjadi pembantu jurulatih bagi kelab profesional di mana-mana sekali pun.

“Saya pernah mempunyai pengalaman untuk menjadi jurulatih pasukan bawah 12 (B-12) dan bawah 13 (B-13) bersama Wolverhampton Wanderers, sewaktu berada di United Kingdom (UK),” terang Yaya.

Ulas Yaya, ketika itu beliau sedang berada di UK kerana sedang melanjutkan pelajaran di peringkat menengah tinggi sebelum bersambung di Salford City College, Manchester dalam bidang kejurulatihan bola sepak.

Menyedari peluang pekerjaan beliau agak terhad di Nigeria, membuka ruang untuk Yaya berhijrah ke Malaysia pada tahun 2010 setelah mendengar nasihat daripada tutornya.

“Tiba masa untuk mengumpul maklumat lengkap mengenai Malaysia, saya terus jatuh cinta dengan dua gambar ini iaitu Kuil Batu Caves dan Menara Berkembar Petronas.

Tanpa membuang masa saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia selepas itu,” tambah Yaya menerusi Facebook UM.

Selain jatuh cinta kepada lokasi ikonik tersebut dalam Malaysia, Yaya juga mengakui dirinya juga sangat suka akan segala masakan di sini.

Kredit: Universiti Malaya

“Sebagai seorang Muslim, saya rasa seperti berada di syurga makanan! Walaupun bukan makanan Melayu, saya tetap boleh menikmati pelbagai jenis makanan, baik makanan Cina, India, dan dari seluruh pelosok dunia, kerana pasti terdapat versi yang halal di sini,” kata Yaya.

Disebabkan cinta beliau kepada makanan di Malaysia, suatu peluang telah terbuka buat Yaya apabila dirinya menjadi sebahagian daripada pasukan Nasi Lemak Tanglin selepas itu.

“Bukan setakat bekerja di lokasi penghasilan makanan kegemaran saya; tetapi juga peluang untuk mendekati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun disatukan oleh makanan yang disayangi.

“Mungkin ini satu konsep yang boleh saya bawa balik ke negara saya satu hari nanti, bila keadaan kembali pulih,” sambungnya.

Sumber:
Universiti Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN