Terbang Sejauh 1,200km, ‘Peminat Rahsia’ Malaysia Hadir Ke Chiang Mai

'peminat rahsia' Malaysia Vietnam

Nampaknya Malaysia memiliki ‘peminat rahsia’ yang sanggup berhabis wang dan masa untuk terbang sejauh 1,200km untuk melihat Malaysia beraksi di kejohanan jemputan, 48th King’s Cup anjuran FA Thailand yang berlangsung di Chiang Mai – kali terakhir Malaysia dijemput pada era 70-an.

Malaysia telah dijadualkan bertemu tuan rumah dalam perlawanan pertama yang menyaksikan kemenangan 3-5 berpihak kepada Harimau Malaya menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 masa sebenar.

Malaysia akan bertemu Tajikistan di final yang dijadualkan pada Ahad ini.

King’s Cup: Persembahan Cemerlang Syihan Bawa Malaysia Ke Final

Dalam perlawanan yang berlangsung di 700th Anniversary Stadium, Chiang Mai, skuad kendalian Kim Pan-gon telah membuka akaun jaringan selepas setengah jam aksi berlangsung, di minit ke-32, menerusi percubaan bek kiri, Corbin Ong yang melewati penjaga gol menggegar gawang ‘Gajah Perang’.

Ia bukan sahaja menggegar gawang, malah seluruh stadium tersentap.

Malaysia mempamerkan permainan berintensiti tinggi di babak pertama sehingga Thailand dilihat ‘lemas’ di laman sendiri. Ia sedikit berubah di babak kedua apabila skuad kendalian Alexandre Polking kembali ke dalam perlawanan. Gol Corbin menyentak mereka memperkemaskan aksi.

Mujurlah aksi terpuji penjaga gol, Syihan Hazmi menafikan peluang mereka.

Begitupun, Syihan akhirnya tertewas gara-gara tuan rumah memanfaatkan situasi bola mati untuk meledak gol penyamaan di hujung perlawanan, di masa kecederaan menyaksikan penentuan sepakan penalti menjadi penentu pasukan yang bakal mara ke final untuk bertemu Tajikistan.

Tandukan kemas pertahanan, Pansa Hemviboon memastikan Thailand kembali menghidupkan seketika peluang untuk mereka bermimpi semula ke pentas akhir di minit ke-94. Ia benar-benar jadi talian hayat buat mereka.

Namun, segalanya berakhir apabila Malaysia menyempurnakan kesemua sepakan penalti sementara Syihan pula berjaya menafikan salah satu sepakan penalti lawan untuk Malaysia menang 5-3. Kali terakhir Malaysia mara ke final King’s Cup adalah pada edisi 1978 dan menjuarainya.

Sementara itu, wakil Semuanya BOLA di Chiang Mai ada berkongsi suasana di 700th Anniversary Stadium yang menyaksikan sebilangan penyokong Malaysia yang turun memberi sokongan buat skuad kebangsaan di sana.

Menurutnya, mereka memang turun ke negeri berbukit-bukau itu untuk menyaksikan perlawanan King’s Cup melibatkan skuad negara. Ia satu pengorbanan yang besar oleh mereka untuk hadir sejauh lebih 2,000km untuk bersama-sama memberi sokongan padu buat Harimau Malaya.

Disebaliknya itu, terdapat seorang lagi ‘peminat rahsia’ yang berada di sana ketika perlawanan. Beliau terbang sejauh lebih 1,200km dan berbelanja lebih RM1000 untuk tiket penerbangan dari tempatnya untuk ke Chiang Mai.

Beliau yang dimaksudkan adalah pengendali Vietnam, Park Hang-seo.

Berdasarkan beberapa perkongsian, jelas Park memang berada di stadium untuk memantau kemampuan sebenar Thailand dan tentunya Malaysia.

Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Vietnam untuk kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Disember.

Memang kehadiran Park mengejutkan kerana mereka juga sedang terlibat dalam dua perlawanan antarabangsa – berdepan Singapura dan India.

Adakah beliau ‘peminat rahsia’ Malaysia? Tampaknya impak kehadiran Kim Pan-gon ke kem Harimau Malaya berjaya menarik perhatian jiran serantau.

Park sanggup berhabis wang dan masanya untuk melihat persembahan Malaysia, sementara Thailand kembali menjemput Malaysia ke kejohanan King’s Cup selepas lebih empat dekad tidak dijemput menyertainya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN