Sudah enam perlawanan, bek kiri Sabah FC, Tommy Mawat Bada telah didapati hilang selepas dikeluarkan di awal babak pertama berdepan JDT.
Sabah tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super, 15 Julai lalu dalam aksi yang berlangsung di laman sendiri, Stadium Likas.
Selaku pertembungan tumpuan antara dua pasukan terbaik musim ini, ia tentunya menjanjikan persaingan sengit. Malah tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Park Tae-su sebelum JDT bangkit untuk menang menerusi dua jaringan oleh penyerang, Fernando Forestieri.
#BHSukan Penganalisis Liga Malaysia (Liga M), Rudie Ramli percaya Sabah boleh menjadi pencabar Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perebutan takhta Liga Super hingga akhir musim ini.https://t.co/PJpzuqw7XV
— Berita Harian (@bharianmy) August 15, 2022
Hanya sempat beraksi 28 minit berdepan JDT
Aksi terakhirnya ketika berdepan JDT yang menyaksikan Sabah tewas.
Menariknya, tuan rumah terlebih dahulu membuka akaun jaringan apabila pemain tengah, Park Tae-su berhasil meledak apabila benteng JDT gagal untuk menangani dengan baik hantaran lintang bek tengah, Jackson, seminit selepas rembatan deras Gary Steven Robbat ditepis Farizal Marlias.
Disebalik tekanan demi tekanan yang Harimau Selatan berikan kepada benteng The Rhinos, mereka akhirnya mengejutkan lawan dahulu. Namun, ia tidak bertahan lama apabila pelawat kembali mengikat kedudukan.
Jaringan Forestieri itu adalah hasil kesilapan kawalan Tommy Mawat yang terjatuh ketika cuba menghalang bola yang diumpan kepada Arif. Tiada sebarang tekanan dan hadangan – apabila Tommy Mawat terjatuh, Arif dengan mudah membuat hantaran kepada Forestieri berdekatannya.
26' GOL | Fernando Forestieri menyudahkan "cut back" Arif Aiman untuk gol penyamaan di Stadium Likas!@SabahFCofficial 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/ZZM9bdHG7f
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Mungkin sudah penat berdepan tekanan bertali arus yang dicipta JDT untuknya, beliau akhirnya kecundang dan dikeluarkan oleh pengendali, Datuk Ong Kim Swee pada minit ke-28, memasukkan Rawilson Batuil.
Sudah ‘hilang’ dalam 6 perlawanan berturut-turut
Selepas dikeluarkan pada minit ke-28, beliau tiada dalam skuad untuk enam perlawanan berturut-turut. Malah, beliau juga tiada di bangku simpanan.
Ini menimbulkan persoalan dikalangan penyokong, ke mana hilangnya pemain berusia 27 tahun itu selepas kesilapannya ketika berdepan JDT.
Tommy Mawat tiada dalam pasukan ketika Sabah menang 2-1 ke atas Terengganu FC, tewas 0-2 kepada Selangor FC dalam aksi suku akhir Piala FA, menang ke atas PJ City dan Melaka United (2-1), menang ke atas Sarawak United (1-0) dan seri 1-1 berdepan Kedah Darul Aman.
No official announcement but Tommy Mawat is no longer with Sabah FC. Contract terminated due to personal matter.
— SabahRhinos (@sabahrhinos) August 21, 2022
Sebuah laman Twitter penyokong, SabahRhinos sebelum itu dilihat tampil mempersoalkan kenapa tiada pengumuman mengenai penamatan kontrak Tommy Mawat, semalam. Pengurusan Sabah dilihat mendiamkan diri.
Akhirnya, Sabah tampil mengumumkan secara rasmi tentang penamatan kontrak Tommy Mawat secara persefahaman bersama, sebentar tadi. Namun, tiada penjelasan mengenai sebab kepada penamatan kontrak.
Ini yang menimbulkan spekulasi, adakah beliau mengalami kecederaan?
Apa yang pasti, Tommy Mawat sudah tinggalkan Sabah selepas bersama mereka selama lapan bulan. Ke mana pula hala tujunya selepas ini?