Casemiro Berhasrat Mahu Menang EPL Bersama Manchester United

Casemiro mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat berhasrat mahu memenangi gelaran Premier League bersama Manchester United.

Pemain midfield berusia 30 tahun itu baru sahaja melengkapkan perpindahan beliau menyertai Manchester United dari Real Madrid pada awal minggu ini.

Bintang Brazil itu dilaporkan menandatangani kontrak bernilai £350,000 seminggu di Old Trafford dengan beliau turut berhasrat mahu membantu Red Devils untuk menjuarai saingan liga musim ini.

Casemiro mendedahkan yang beliau sangat teruja mahu beraksi bersama Manchester United dan mahu membantu gergasi Premier League itu memenangi gelaran liga musim ini.

Buat pertama kali sejak Man United mengesahkan Casemiro sebagai pembelian terbaru mereka, Juara lima kali saingan Champions League itu mengakui yang beliau sangat berbesar hati mahu beraksi di Old Trafford.

Bekas bintang Real Madrid itu mengakui yang beliau sangat berbangga dapat beraksi bersama kelab terbesar di pentas bola sepak Inggeris itu.

“Perubahan ini merupakan cabaran baru untuk saya sekarang.”

Jelas pemain midfield itu ketika bercakap dalam sidang media terakhirnya bersama Real Madrid.

“Saya bercakap kepada isteri saya tiga hari yang lalu dan isteri saya kata saya nampak macam budak berusia 18 tahun yang sedang sangat teruja mahu menyertai projek terbaru.”

Pemain midfield Brazil itu juga bahkan turut tidak sabar mahu beraksi bersama Man United dan beliau mahu turun bermain bertemu Liverpool.

“Saya sendiri turut ada rasa teruja untuk beraksi di pentas Premier League. Jika saya mampu, saya mahu bermain hari ini bertemu Liverpool. Saya sangat teruja, ia merupakan sebuah kelab yang memiliki sejarah yang menakjubkan.”

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta nama sendiri kerana di sana saya masih belum menang apa-apa.”

Pemain kebangsaan Brazil itu juga turut bercakap tentang apa yang sebenarnya boleh penyokong Manchester United harapkan darinya.

“Di Manchester United, pertama sekali, apa yang saya mahu lakukan adalah meluahkan apa yang saya rasa tentang kelab, rasa hormat saya kepada kelab.”

Tambah Casemiro lagi.

“Segalanya saya lakukan di sini [Real Madrid], saya mahu lakukan di sana juga. Saya mahu tunjukkan semangat juang saya, kemampuan untuk bekerja keras, sikap profesional. Saya mahu bekerja keras setiap hari untuk membuktikan bagaimana seriousnya saya terhadap mereka.”

“Saya mahu menang liga di sana juga, saya tahu ia merupakan liga yang sangat mengujakan.”

“Saya akan lalui detik antara detik terhebat dalam karier saya. Saya rasa saya benar-benar cergas, dari segi mental saya rasa sangat hebat dan saya mahu terus menikmati hari-hari saya dengan baik dan saya harap saya boleh lakukan di sana.”

“Saya rasa ia merupakan detik terbaik untuk saya membuat keputusan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN