Bekas pengadil utama bola sepak negara, Subkhiddin Salleh mengakui yang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Hong Wan sepatutnya dibuang padang ketika menentang Terengganu semalam.
Dalam aksi di Gong Badak, Wan telah menerjah Syafiq Ismail dengan cukup bahaya di tengah padang ketika pemain itu sudah pun mempunyai kad kuning.
Pengadil memberhentikan permainan namun tidak menghukum Wan dengan memberikan kad kuning kedua serta kad merah.
Ia secara tak langsung menimbulkan kontroversi dalam perlawanan tersebut.
Menjawab pertanyaan di Twitter, Subkhiddin sebenarnya berasakan perlunya Wan dibuang padang atas beberapa faktor.
“Blue-6 [Hong Wan] berlari dari satu jarak dan melakukan aksi sliding tackle pada kelajuan tinggi.
”Blue-6 gagal mengawal badannya yang terus ‘menggelongsor’ dan menyebabkan force berterusan di point of contact lawannya.
“Kaki Blue-6 lurus dan penggunaan stud adalah jelas semasa tackle dilakukan. Saya berpendapat Blue-6 bersalah untuk kesalahan serious foul play dan kad merah sepatutnya diberikan,” jelas Subkhiddin.
Pemerhatian saya;
1.Blue-6 berlari dari satu jarak dan melakukan aksi sliding tackle pada kelajuan tinggi.
2.Blue-6 gagal mengawal badannya yang terus ‘menggelongsor’ dan menyebabkan force berterusan di point of contact lawannya.— subkhiddin (@subkhiddin1) August 10, 2022
Banyak perkara diambil kira
Tambah Subkhiddin, sebelum keputusan dibuat terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira.
Sebagai contoh tahap intesiti situasi tersebut, penggunaan stud serta tahap keselamatan cabaran tersebut terhadap lawan.
“Untuk itu kita perlu melihat kepada beberapa pertimbangan. [Pertama], tahap kelajuan dan intensity semasa melakukan cabaran.
”[Kedua], diudara, ditanah atau tidak ada kesempatan untuk mengawal badan. [Ketiga], adakah cabaran melibatkan penggunaan stud semasa ianya dilakukan?
“[Keempat],’point of contact’ dan adakah ‘force’ berterusan. [Kelima], adakah cabaran tersebut membahayakan keselamatan lawannya?,” jelas Subkhiddin.
Apa yang berlaku ini semakin menambah nota buruk kepada kualiti pengadil Liga Malaysia pada musim ini.
Ianya seharusnya ditingkatkan kerana begitu banyak keputusan meragukan yang ditonjolkan pengadil perlawanan setiap kali aksi berlangsung.
Dalam aksi semalam, Terengganu kalah kepada JDT dengan jaringan 2-1.