Menjelang aksi separuh akhir Piala FA 2022 malam esok membabitkan dua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang, pastinya ia menjadi suatu perlawanan dinanti-nantikan para penyokong bola sepak tempatan.
Apa tidaknya, kedua pasukan tersebut mempunyai latar perjalanan yang sangat berbeza musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) menerusi corak permainan, kedudukan sesama Liga Super, serta jurang kualiti para pemain.
Tickets for the FA Cup Semi Final match between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and Penang FC on 5 August 2022 will go on sale via https://t.co/u6ZgntP5qf on 2 August at 2.00 pm for 2022 Season Pass Holders WITHOUT Cup Matches Add-on.
[1/4] pic.twitter.com/Qaag4K7cqT
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 2, 2022
Untuk perlawanan malam esok, pastinya JDT diletakkan sebagai pilihan utama berdasarkan prestasi semasa serta berkelebihan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Namun, pencapaian Penang dalam aksi suku akhir Piala FA baru-baru ini ketika drama kebangkitan menewaskan Sri Pahang juga membuktikan pasukan kendalian Dato’ Zainal Abidin Hassan ini juga mampu melakar sesuatu.
Momentum semasa
Dalam dua aksi saingan Liga Super baru-baru ini, JDT jelas mempamerkan karakter mereka selaku pilihan utama malam esok apabila mereka melakar dua kemenangan besar ketika mengatasi lawan.
Ketika dua aksi menentang Sarawak United dan Kuala Lumpur City, pasukan tersebut berjaya merekodkan sembilan jaringan serta langsung tidak bolos.
📊 KEDUDUKAN – LS14#LigaSuper2022 pic.twitter.com/VaHY4LRjFg
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 1, 2022
Penang pula mempunyai jalan cerita yang agak sulit dalam dua aksi terakhir mereka apabila kelab tersebut melakar kekalahan berturut-turut di tangan Melaka United serta Sarawak United dengan jumlah bolos sebanyak tujuh gol.
Pasukan ini juga hanya mampu melakar tiga gol sahaja sepanjang dua perlawanan tersebut untuk membuktikan masalah mereka di bahagian pertahanan dan serangan.
Pemain sandaran utama
Untuk JDT, pastinya kelibat penyerang import dari Brazil iaitu Bergson da Silva bakal memainkan peranan penting untuk mereka mendapatkan gol.
Penjaring terbanyak semasa untuk saingan Liga Super ini telah meledak tiga gol keseluruhan daripada dua perlawanan terakhir dihadapi untuk terus memberi keyakinan buat Bergson agar terus konsisten.
Bergson da Silva mencatat 1️⃣6️⃣ gol dalam 1️⃣1️⃣ penampilan setakat ini untuk terus mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super! 🔥#LigaSuper2022 pic.twitter.com/F5YvQexUs4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 2, 2022
Walaupun merekodkan dua kekalahan sebelum ini, ada sesuatu yang positif buat Penang apabila mereka berjaya mendapatkan mesin gol pada pertengahan musim ini iaitu Lucas Espindola.
Lucas setakat ini sudah pun meledak 4 gol keseluruhan daripada tiga perlawanan dihadapi dan tiga gol daripadanya ketika Penang menghadapi dua perlawanan terakhir mereka sebelum pertemuan menentang JDT malam ini.
Rekod pertemuan musim ini
Berdasarkan rekod dua pertemuan kelab tersebut musim ini dalam saingan Liga Super, JDT berjaya mencatat semua kemenangan untuk mengatasi Penang.
Namun begitu, sesuatu yang boleh disifatkan positif buat Penang apabila mereka hanya bolos dua gol sahaja sepanjang dua pertemuan tersebut.
Sesuatu yang mungkin menyukarkan JDT malam esok apabila mereka terpaksa berdepan dengan corak permainan bertahan yang sangat disiplin daripada Penang.
⚽️ Penyerang Johor Darul Ta'zim, Fernando Forestieri masih mendahului senarai penjaring terbanyak Piala FA, diikuti Caion (Selangor FC) dan Hilal El-Helwe (Penang FC). 🔥#PialaFA2022 pic.twitter.com/BfpVHEpWCb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 24, 2022
Menerusi kepantasan pemain serangan dimiliki Penang seperti Hilal El-Helwe, Gopi Rizqi, serta T. Saravanan, pastinya pasukan tersebut bakal mengharapkan serangan balas pantas untuk mencari gol.
Kesimpulan
Ini merupakan perlawanan yang boleh disifatkan agak berat sebelah jika dilihat pada jurang kekuatan yang ada pada kedua pasukan ini.
Namun, ini hanyalah berdasarkan penilaian yang dibuat menerusi rekod serta keadaan semasa kedua pasukan sebelum aksi sebenar berlangsung malam esok.
Dalam bola sepak, segala perkara yang mustahil sering berlaku dan JDT pastinya tidak boleh mengambil mudah untuk perlawanan malam esok kerana jika mereka leka, pelawat pastinya akan menghukum menerusi gol.
Penang ada barisan pemain yang agak terhad, namun menerusi beberapa kelebihan dimiliki oleh setiap individu, pastinya Zainal ada idea tersendiri untuk membenam cabaran tuan rumah.
Manakala JDT pula, segalanya tampak sempurna dan momentum mereka juga berada dalam keadaan terbaik untuk mereka menewaskan pelawat di laman sendiri.