Penyokong PSS Sleman Bangga Bendera Mereka Ditandatangani Bintang Real Madrid

Bintang muda Real Madrid, Rodrygo Goes tiba-tiba menjadi tular dalam kalangan penyokong bola sepak Indonesia semalam, setelah didapati pemain tersebut menandatangani bendera PSS Sleman.

Perkara tersebut berlaku apabila Rodrygo tampil memberi tandatangan tersebut dalam satu aksi pra-musim Real Madrid baru-baru ini di Amerika Syarikat, serta mula tular semalam dalam kalangan penyokong tempatan.

Perkara tersebut juga dikesan apabila pengendali Real iaitu Carlo Ancelotti memuat naik sendiri rakaman foto tersebut di laman Instagram peribadinya beberapa hari lalu sebelum dikesan penyokong PSS Sleman.

Pada foto berkenaan mempamerkan salah seorang penonton perlawanan pra-musim tersebut menghulurkan bendera PSS Sleman kepada Rodrygo sebelum pemain tersebut menandatanganinya.

Malah penonton tersebut dilihat turut mengenakan jersi rasmi PSS Sleman yang menjadi identiti kelab tersebut sejak sekian lama untuk terus memberi rasa kagum buat para penyokong Indonesia.

PSS Sleman juga jelas memberi tindak balas mengenai foto tersebut apabila mereka turut mengalu-alukan kedatangan Real ke Indonesia pada masa hadapan di Instagram mereka.

“Hai Real Madrid, beritahu kami bila-bila masa sahaja anda akan berkunjung tiba di Asia Tenggara!

“Kami akan memberikan layanan serta sambutan yang hangat di Indonesia,” jelas kenyataan Instagram tersebut.

Perkara positif yang berjaya diperoleh kelab tersebut, secara tiba-tiba nama PSS Sleman menjadi popular setelah foto yang dimuat naik Ancelotti berjaya tular di serata dunia.

“Secara tiba-tiba nama pasukan kami menjadi semakin tular kerana gambar tersebut. Apa yang dibuat oleh penyokong tersebut amat kami hargai.

“Untuk itu saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kerana usaha penyokong tersebut berjaya meningkatkan nama pasukan di mata dunia.

“Sudah pasti kami dengan senang hati sudi menyambut kedatangan Real Madrid jika mereka mereka sudi datang ke sini. Kita tak tahu lagi.

“Tetapi jika mereka sudi, kami akan memberikan sambutan yang sangat meriah untuk menyambut ketibaan mereka.

“Ianya jelas akan menjadi pengalaman indah yang pasti tidak akan dilupakan buat kami, para penyokong, serta penyokong Real Madrid di Indonesia,” jelas pegawai media PSS Sleman iaitu Juan Tirta Abditama kepada Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN