[Video]: Umpanan ‘Memukau’ Nik Akif Buat Pertahanan JDT II Jadi Keliru

Semalam, satu perlawanan tertunda Liga Premier membabitkan Kelantan United menentang Johor Darul Ta’zim ll (JDT II) telah berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan berkesudahan seri 1-1.

Pada perlawanan tersebut, aksi pemain tengah baharu Kelantan United iaitu Nik Akif Syahiran berjaya menyumbang satu bantuan gol yang boleh disifatkan sangat berkualiti tinggi untuk membantu pasukannya memperoleh gol awal perlawanan.

Gol tersebut terhasil pada awalnya menerusi gerakan pemain import Kelantan United iaitu Njoku Jacob dari sebelah kiri pertahanan JDT sebelum satu hantaran lintang dibuat kepada Nik Akif dalam petak penalti.

Setelah itu, Nik Akif berjaya memperdayakan pertahanan pelawat yang menyangkakan pemain tengah berbakat tersebut akan membuat satu percubaan sebelum sekali lagi tolakan berskil tinggi dibuat beliau ke belakang untuk disudahkan dengan sempurna oleh Amirul Shafik Che Soh pada minit ke-12.

Namun gol tersebut dilihat gagal untuk dipertahankan oleh tuan rumah bagi mengenggam tiga mata penuh perlawanan, apabila kesilapan pemain mereka sendiri iaitu Evan Wensley Wenceslaus secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri untuk JDT berjaya meraih sekurangnya satu mata.

Positifnya pada perlawanan tersebut apabila Kelantan United berjaya memberi tentangan yang agak baik ketika berhadapan JDT II yang dibarisi oleh ramai pemain berpengalaman seperti Junior Eldstal, Daniel Ting, Azrif Nasrulhaq, serta beberapa lagi tonggak.

Kredit foto: Johor Southern Tigers

Nik Akif pastinya antara pemain yang berpuas hati dengan aksi semalam apabila beliau dilihat berjaya mengawal kawasan tengah Kelantan United dengan baik serta berjaya membantu untuk kelabnya memperoleh gol awal perlawanan.

Umum mengetahui pada tahun ini, nama Nik Akif tidaklah begitu disanjung oleh penyokong bola sepak tempatan setelah beliau mempamerkan aksi agak hambar bersama skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) dalam beberapa kejohanan disertai.

Selain itu, beliau juga kehilangan tempat dalam aksi Liga Super ini dan telah dipinjamkan oleh Terengganu kepada Kelantan United sehingga penghujung musim ini bagi beraksi dalam saingan Liga Premier.

Namun ini dilihat berjaya memberi nafas baharu buat pemain tengah berbakat negara tersebut apabila beliau berhasil menonjolkan diri dengan lebih baik serta mampu untuk mengembalikan keyakinan sebelum kembali bersama skuad kebangsaan.

Kelebihan Nik Akif ketika awal kemunculannya terletak pada skil kawalan bola yang baik, bijak membuat umpanan, serta boleh diharap bagi situasi sepakan percuma selain agak matang karakternya berbanding usia.

Jika pemain ini terus konsisten bersama Kelantan United, berkemungkinan besar nama beliau sekali lagi bakal menjadi sandaran buat kem kebangsaan terutama sekali pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN