Terbuang Di Barcelona, ‘Wonderkid’ Riqui Puig Terpaksa Cari Makan Bersama LA Galaxy

Riqui Puig

Isu melibatkan kewangan Barcelona ini memberikan kesan kepada banyak pihak yang terlibat dengan kelab itu.

Paling terkesan adalah pemain, ada diantara mereka yang dipaksa oleh kelab untuk meninggalkan pasukan walaupun mereka tidak mahu melakukannya – contohnya, Frenkie de Jong.

De Jong masih lagi bersama-sama pasukan walaupun nasibnya kini diketahuinya iaitu tidak lagi diperlukan oleh kelab.

Malah, pemain Belanda itu juga tidak keseorangan. Terdapat beberapa pemain lain yang turut dinyatakan oleh kelab untuk ‘berambus’ dan mencari pasukan lain.

Salah seorannya adalah wonderkid Barcelona iaitu Riqui Puig.

Puig yang merupakan pemain tengah muda yang berpotensi tinggi yang tidak lagi diperlukan kelab dan perlu mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Apabila disebut dengan terma wonderkid, pasti ramai yang terfikir mesti ada banyak kelab-kelab di Eropah yang akan mengejar Puig bukan?

Jawapannya tidak. Sebaliknya, Puig dijangka akan memulakan semula kariernya di Amerika Syarikat dengan beraksi di Major League Soccer (MLS).

Puig dikatakan semakin hampir untuk menyertai Los Angeles Galaxy (LA Galaxy) selepas bukan setakat masalah kewangan, tetapi Xavi sendiri yang tidak mahu menggunakan pemain itu.

Kelab MLS itu dikatakan sudah mencapai kata sepakat menerusi lisan dengan Puig untuk menyertai mereka dengan Galaxy perlu pantas menyelesaikan perpindahan ini.

Hal ini disebabkan tempoh pendaftaran pemain baharu MLS akan berakhir pada 4 Ogos ini.

Hanya sekadar transit

Ia juga dilaporkan yang kontrak yang Puig dengan Galaxy hanyalah bersifat jangka pendek sahaja.

Perkara ini disebabkan tawaran kontrak hanyalah untuk baki tahun 2022 sahaja. Ianya berkemungkinan hanyalah transit untuk Puig untuk memastikan pemain itu terus cergas supaya boleh mendapatkan tempat untuk memasuki skuad Piala Dunia Sepanyol.

Dan juga, Puig juga dijangka mahu kembali beraksi di Eropah dengan ingin menjadikan jendela perpindahan musim sejuk pada Januari 2023 sebagai masanya untuk buat kemunculan semula.

Ianya agak janggal untuk menyaksikan tiada pasukan Eropah yang berminat mahukan beliau kerana potensi yang ada padanya.

Namun begitu, mungkin permintaan gaji yang tinggi membuatkan banyak pasukan menjauhkan diri daripadanya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN