Ajax Amsterdam Beri Sebab Haramkan Penyokong Pegang Sepanduk Minta Jersi Pemain

Ajax Penyokong Minta Jersi

Pihak pengurusan Ajax Amsterdam telah mengeluarkan larangan rasmi kepada penyokong daripada membawa sepanduk ke dalam Johan Cruyff Arena dengan tulisan meminta jersi pemain.

Kelab Belanda tersebut telah mamaklumkan kepada kelab penyokong mereka bahawa kebelakangan ini terdapat peningkatan mendadak sepanduk-sepanduk sedemikian pada setiap perlawanan dengan majoritinya dilakukan oleh kanak-kanak.

Maka agak mustahil untuk memenuhi kesemua permintaan tersebut dan apabila terdapat pemain yang berjalan keluar tanpa memberikan jersi, mereka akan dikritik di media sosial sebagai sombong dan tidak mesra peminat.

Ia juga berkemungkinan memberi kesan psikologi kepada mereka yang tidak dipenuhi permintaannya terutama bagi golongan kanak-kanak.

Malah kadbod yang digunakan juga meningkatkan risiko kebakaran. Sebagai langkah pencegahan beberapa sepanduk telah pun dirampas oleh pihak keselamatan stadium pada Sabtu lalu ketika menjadi tuan rumah dalam aksi Piala Super di antara Ajax dan PSV Eindhoven.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN