Sabah berjaya meneruskan kemenangan ke-10 mereka musim ini dalam saingan Liga Super musim 2022 setelah menjadikan Melaka United sebagai mangsa mereka semalam di Stadium Likas.
Kemenangan 2-1 tersebut jelas terus mengukuhkan posisi Sabah di tangga kedua carta Liga Super setakat ini untuk terus memberi persaingan sengit buat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini berada di kedudukan pertama.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS14#LigaSuper2022 pic.twitter.com/14q87zNTey
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Melaka United pula, walaupun beraksi dengan sangat bagus pada aksi separuh masa pertama, mereka gagal untuk mengekalkannya dan terpaksa menelan hakikat akan kebangkitan Sabah.
Ini ada tiga faktor mengapa Sabah berjaya memenangi perlawanan tersebut biarpun mendapat tentangan yang sukar daripada Melaka United.
Kekuatan stamina Sabah
Sabah berjaya mengekalkan stamina mereka pada perlawanan semalam sehingga ke wisel penamat biarpun aksi ditampilkan sangat berintensiti tinggi.
Berbanding pelawat iaitu Melaka United, mereka gagal untuk mengekalkan konsistensi dari segi intensiti permainan bagi terus mencipta peluang ke arah gol tuan rumah seperti dilakukan pada separuh masa pertama.
Sabah mengambil peluang daripada penurunan rentak permainan lawan untuk menyerang secara bertali arus dan memaksa lawan membuat kesilapan di kawasan sendiri.
Sabah cepat sesuaikan diri
Sabah jelas berjaya menyesuaikan diri dengan baik pada perlawanan semalam dengan keadaan padang becak meski pun pada awalnya mereka kerap membuat kesilapan.
Melaka United pula dilihat masih lagi bergelut untuk menyesuaikan diri membuat hantaran dan menyeimbangkan tubuh badan masing-masing ketika membuat larian sehingga kadangkala mereka terlepas penguasaan dan peluang mencatat gol.
23’ GOL | Ifedayo Omosuyi meletakkan Melaka United di depan!@SabahFCofficial 0-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/4GOwTTF38h
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Ada beberapa peluang Melaka United mensia-siakan begitu sahaja untuk meledak gol setelah bola kerap terhenti di kawasan becak serta masalah pemain untuk menyesuaikan diri.
Kelompongan ketara di bahagian pertahanan Melaka United
Melaka United melepaskan dua gol hasil persefahaman antara mereka yang lemah sehingga mudah dimanipulasi oleh Amri Yahyah.
Walaupun Amri mungkin tidak dapat menawarkan lagi kekuatan fizikal dan kepantasan, namun pemain ini sangat licik untuk melepasi kawalan pertahanan lawan menerusi pengalamannya.
Melaka United ada isu yang agak ketara untuk membendung serangan tuan rumah setelah bentuk pertahanan cuba dibina mereka mudah diatasi oleh lawan.
90+1' GOL | Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan Sabah FC dengan gol kemenangan pada masa kecederaan!@SabahFCofficial 2-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qxwfHyQrGr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Gandingan Fadhli Shas dan Ahmad Haziq Puad dilihat kurang serasi dengan masing-masing sering meninggalkan kelompongan untuk cuba diisi oleh pihak lawan.