Liga Super: 4 Pemain Tumpuan Menjelang Aksi Sri Pahang Menentang Kedah Darul Aman

Malam ini Kedah Darul Aman (KDA) bakal mengharungi satu lagi perlawanan aksi Liga Super minggu ke-14 untuk berhadapan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur dalam misi untuk mencari kemenangan kembali.

Buat Sri Pahang, momentum kemenangan lalu sewaktu menewaskan Selangor pastinya ingin dikekalkan pada aksi malam ini selain faktor beraksi di laman sendiri bakal memberi kelebihan buat mereka.

Kedua-dua pasukan ini sedikit bergelut pada musim 2022 dari segi konsistensi permainan selain masing-masing ingin membalas kepercayaan kembali para peminat untuk mengutip tiga mata penuh.

Berikut empat senarai pemain yang dijangka bakal memberi impak pada perlawanan malam ini untuk pasukan masing-masing.

Manuel Hidalgo (Sri Pahang)

Pemain tengah dari Argentina ini antara pembelian import paling berbaloi buat Sri Pahang sejak pertengahan musim lalu apabila beliau terus meninggalkan impak positif di posisi tengah.

Memiliki keupayaan yang bagus dari segi visi, skil kawalan bola, serta stamina yang tinggi, menjadikan Hidalgo sebagai kunci utama buat serangan Sri Pahang.

Selain itu, Manuel Hidalgo juga berjaya mempamerkan persefahaman yang baik bersama pemain serangan dan pertahanan untuk menyambung aliran bola bagi membuatkan Sri Pahang terus mencengkam di bahagian tengah.

Azam Azih (Sri Pahang)

Pemain kebangsaan ini bukan lagi satu nama asing buat Sri Pahang apabila sentiasa menjadi imej penting buat pasukan dalam mana-mana perlawanan menerusi gaya permainannya.

Selain Hidalgo, Azam juga merupakan pemain penting buat Sri Pahang khususnya selaku jeneral di atas padang dalam perlawanan dihadapi.

Kelebihan Azam terletak pada gaya permainannya yang tenang, bijak mencipta lorongan buat penyerang, serta keupayaan beliau dalam melepaskan rembatan jarak jauh khususnya situasi sepakan percuma.

Mahmoud Al-Mardi (Kedah Darul Aman)

Pemain kebangsaan Jordan ini berjaya memberi dimensi baharu di bahagian serangan KDA menerusi aksinya yang sangat cemerlang sejak saingan peringkat kumpulan Piala AFC.

Al-Mardi setakat ini dilihat sangat konsisten dalam setiap perlawanan yang dihadapi beliau dengan kualiti individu yang sangat bagus untuk menghidupkan jentera serangan KDA.

Kualiti pemain ini terletak menerusi skil gelecekan, ketajaman di hadapan gol, serta bijak mencipta ruang buat barisan pemain lain melakar sesuatu di bahagian serangan.

Ronald Ngah Wanja (Kedah Darul Aman)

Penyerang KDA ini pastinya akan terus diberi tumpuan terutama sekali buat penyokong bola sepak KDA apabila Ronald Ngah jelas beraksi dengan agak hambar.

Ronald Ngah tampil dengan reputasi yang sangat besar selaku bekas penjaring terbanyak Liga Jordan musim lalu dan ketajaman beliau setakat ini dilihat tidak begitu konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

Namun Ronald Ngah boleh menjadi sangat berbahaya buat pertahanan lawan sekiranya prestasi beliau sedang berada dalam keadaan terbaik menerusi larian deras, kekuatan fizikal, serta ketenangan pemain ini untuk menyudahkan peluang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN