Menjelang aksi Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang bakal berlangsung pada tahun hadapan di Indonesia, jelas tuan rumah mahu membuat persediaan yang rapi untuk memberi saingan sengit berdepan negara-negera lain nanti.
Terbaharu, pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong sah menggugurkan tiga pemain dari Belanda untuk dijadikan status naturalisasi bagi membantu untuk memperkukuhkan pasukan.
Ketiga pemain tersebut merupakan Kai Boham, Jim Croque, dan Max Christoffel yang berasal dari Belanda dan sudah bersama menjalani latihan dalm kem Indonesia sejak tahun lalu.
PSSI's exco member, Hasani Abdulgani, has been in the Netherlands and Belgium for weeks, and met several half-blood players:
– Jordi Amat – KAS Eupen 🇧🇪
– Sandy Walsh – KV Mechelen 🇧🇪
– Ivar Jenner – FC Utrecht U-18 🇳🇱
– Jim Croque – Vitesse U-18 🇳🇱#SafariPakHasani pic.twitter.com/zcI3uUkUVE— footballIndonesia (@footballinanews) April 11, 2022
Ketiga pemain tersebut diundang oleh kem latihan pusat pada Jun tahun lalu sebelum aksi Piala AFF B-19 2022 bagi menyesuaikan diri serta diuji oleh Tae-yong.
Sebelum itu, pengendali dari Korea Selatan ini pernah mengatakan beliau memerlukan beberapa pemain naturalisasi untuk meningkatkan mutu permainan skuad muda Indonesia yang bakal beraksi dalam saingan Piala Dunia B-20.
Menurut Tae-yong, ketiga-tiga pemain tersebut dianggap beliau belum cukup terbaik dari segi kualiti permainan mereka untuk dinaturalisasikan serta membantu pasukan kebangsaan.
Dalam masa sama, beliau juga menyatakan ada beberapa nama lagi calon pemain untuk dinaturalisasikan yang juga berasal dari Belanda untuk bantu memperkukuhkan skuadnya.
Jim Croque, Kai Boham, and Max Christoffel in their first week of training in Timnas Indonesia U-19. Future is bright.🤩🇮🇩 pic.twitter.com/Ds5f6GXVG3
— 1938 Voetbal (@1938Voetbal) June 24, 2022
Menurut Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan, beliau telah memberikan tempoh masa sehingga bulan Ogos ini untuk Tae-yong menyenaraikan nama calon pemain naturalisasi, supaya proses dapat dibuat secepat mungkin.
Untuk memudahkan urusan pencarian pemain naturalisasi baharu, skuad B-19 Indonesia bakal membuat kem latihan pusat di Belanda agar Tae-yong dapat menilai dengan lebih dekat bakat-bakat bersesuaian buat dirinya.
Sementara itu ketika ditanya Pengurus Skuad B-19 Indonesia iaitu Endri Erawan mengenai pencarian pemain naturalisasi dari Belanda, beliau menyatakan kerana ramai pemain dari sana mempunyai darah keturunan Indonesia.
“Sebab apa kami pilih Belanda? Di sana ada ramai pemain yang mempunyai pertalian darah Indonesia, jadi sebaiknya kami memilih mereka untuk dinaturalisasikan serta membuat kem latihan pusat di negara tersebut.
Get to know Jim Croque and Ivar Jenner, Dutch youth for the Indonesia U-20 National Team at the 2023 U-20 World Cup. pic.twitter.com/ejLVqml4mh
— bwinpe 888 (@Bwinpe8) April 11, 2022
“Selain menilai bakat-bakat muda untuk diberi status naturalisasi, beberapa kelab tempatan di sana juga sangat bagus untuk kami jadikan sebagai medan ujian perlawanan persahabatan,” jelas Endri menerusi Bola.com.
Terkini, ketiga-tiga calon naturalisasi mereka dari Belanda itu sudah pun dihantar pulang semula ke Belanda dan bakal terus dipantau oleh Tae-yong.