“Polis Itali Letakkan Nyawa Saya Dalam Bahaya” – Tiemoue Bakayoko

Bintang pemain tengah AC Milan, Tiemoue Bakayoko menghadapi detik mencemaskan apabila beliau telah diacu senjata api oleh pihak polis Milan baru-baru ini.

Menurut ESPN, pihak polis ketika itu telah menahan pemain pinjaman dari Chelsea tersebut kerana mereka sedang mencari suspek yang terlibat dengan kes tembakan.

Menerusi rakaman yang tular beberapa minggu lalu di media sosial, insiden berkenaan menunjukkan pihak polis dilihat sangat serius untuk menangani kes tembakan tersebut dan Bakayoko hampir menjadi mangsa keadaan.

Pada Khamis semalam, tampil Bakayoko untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai pengalaman beliau berdasarkan rakaman video tersebut yang telah pun tular.

“Lumrah manusia untuk sentiasa membuat kesilapan. Saya tak ada masalah mengenai perkara tersebut. Cuma cara mereka gunakan itu pada saya dilihat agak keterlaluan.

“Untuk pengetahuan semua, apa yang kamu semua lihat di video tersebut tidak menggambarkan segalanya. Situasi ditunjukkan dalam rakaman agak tenang.

“Saya melihat diri dan rakan penumpang lain berada dalam keadaan berbahaya dengan pistol diacukan tidak jauh daripada kami.

“Jika saya tidak menenangkan diri, mungkin perkara lebih teruk bakal berlaku membabitkan pihak polis.

Minggu lalu, Polis Milan telah menjelaskan penggunaan senjata api dalam operasi yang dibuat mereka untuk mencari suspek.

“Perlu diingatkan pada semua mengenai operasi yang kami lakukan ini memberi kewajaran untuk menggunakan langkah keselamatan tertinggi seperti penggunaan bahan api.

“Proses tersebut juga dibuat untuk melindungi diri dan dibuat secara teratur menerusi sistem penggera yang turut dipasang sekiranya apa-apa masalah berlaku.

“Sekiranya orang tersebut dikenal pasti bukan suspek yang kami cari, kami akan melepaskan mereka tanpa mengambil sebarang kenyataan lebih lanjut,” jelas pihak polis Milan.

Untuk rekod, Bakayoko sudah pun beraksi bersama AC Milan sejak musim 2019/2020 secara pinjaman dari Chelsea sebelum sekali lagi beraksi buat kelab tersebut dalam saingan Serie A pada tahun 2021 hingga kini.

Bersama AC Milan, beliau berjaya membantu kelab tersebut menjuarai Serie A sejak 11 tahun lalu selepas pasukan tersebut gagal mencapainya.

Pemain kebangsaan Perancis itu juga telah membuat 18 penampilan keseluruhan buat AC Milan sepanjang musim lalu dan menjadi antara tonggak penting bersama kelab berkenaan.

Pemain ini dikhabarkan tidak akan bersama AC Milan lagi pada musim akan datang secara pinjaman dan kemungkinan Bakayoko akan berhijrah ke pasukan baru pada saingan akan datang.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN