3 Pemain Paling Menyerlah Aksi Minggu Ini Dalam Saingan Liga Super 2022

Pada Selasa dan Rabu baru ini, ada lima perlawanan Liga Super telah berlangsung dengan beberapa keputusan menarik dapat dilihat serta dinilai sendiri oleh para penyokong bola sepak tempatan.

Perlawanan membabitkan Sabah dan Terengganu di Stadium Likas antara yang mencuri tumpuan kerana kedua pasukan tersebut berada dalam momentum terbaik dan aksi sengit berlangsung sepanjang 90 minit permainan.

Sepanjang saingan liga minggu ini berlangsung, ada tiga pemain dilihat berjaya mencuri tumpuan menerusi sumbangan diberi untuk pasukan masing-masing sepanjang perlawanan.

Ini ada tiga pemain yang dilihat menyerlah minggu ini untuk aksi Liga Super bersama pasukan masing-masing.

Park Tae-su

Pemain import dari Korea Selatan ini terus mencuri tumpuan dengan ketajaman dipmerkan beliau bersama Sabah.

Pemain tengah ini sekali lagi berjaya merekodkan jaringan untuk membantu kebangkitan Sabah di laman sendiri, dengan dua gol berjaya diledak beliau pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan kelab tersebut.

Kredit foto: Sabah FC

Tae-su dilihat semakin meningkat dari segi momentum perlawanan beliau bersama Sabah apabila pemain ini sudah meledak empat gol daripada tiga perlawanan berturut-turut dihadapi Sabah.

Selain ketajaman di hadapan gol, Tae-su juga memainkan peranan penting untuk merangkai gerakan buat pasukan serta mempunyai kelebihan membuat hantaran jauh tepat kepada rakan pemain.

Mahmoud Al-Mardi

Pemain import baharu Kedah Darul Aman (KDA) ini berjaya meledak dua gol pertama beliau musim ini dalam aksi Liga Super di laman sendiri setelah cemerlang sebelum itu dalam aksi Piala AFC di Bali.

Al-Mardi dilihat sebagai pemain import tiba tepat pada masanya untuk membantu serangan KDA yang dilihat agak tumpul sejak awal musim 2022.

Kredit foto: Kedah Darul Aman FC

Pemain ini berjaya mempamerkan aksi memberansangkan pada perlawanan baru ini ketika menentang Terengganu menerusi kelincahan beliau, serta meledak dua gol penting untuk membantu KDA meraih kemenangan di laman sendiri.

Sharul Nazeem

Pemain muda berusia 22 tahun ini menjadi tunjang utama di posisi pertahanan Selangor dan sentiasa konsisten dalam mana-mana perlawanan dihadapi.

Pada perlawanan baru-baru ini ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City), Sharul berjaya menyelamatkan beberapa keadaan berbahaya di pintu gol untuk membantu Sam Somerville.

Kredit foto: Selangor FC

Selain itu, Sharul juga beraksi dengan sangat baik untuk menafikan sebarang pergerakan cuba dibuat oleh penyerang lawan iaitu Jordan Mintah.

Leave a Reply