Marcus Rashford Benci Liverpool

Marcus Rashford tanpa segan silu telah mendedahkan yang beliau sememangnya membenci naib juara saingan Premier League musim lalu, Liverpool.

Bintang Manchester United itu tidak teragak-agak menyebut nama Liverpool sebagai kelab yang paling beliau benci kerana kaitan beliau bersama Red Devils.

Marcus Rashford membesar di Selatan Manchester dan tentu saja beliau merupakan penyokong tegar skuad Manchester United.

Beliau sudah mula menyokong skuad The Red Devils itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi dan beliau juga sudah bersama kelab ketika berusia enam tahun.

Marcus Rashford kini sudah membuat 303 penampilan untuk skuad Man United sejak dari awal beliau melakukan debutnya pada tahun 2016 yang lalu.

Memandangkan beliau sudah sememangnya penyokong tegas Man United dan antara pemain paling lama berkhidmat di Old Trafford, maka tidak hairanlah mengapa beliau begitu membenci Liverpool.

Baru-baru ini, beliau telah terlibat dalam satu temu bual untuk UNINTERRUPTED bersama Daniel Kaluuya, Rashid Johnson dan LeBron James.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menamakan kelab yang sememangnya beliau benci dan jelas sekali ia adalah musuh tradisi Manchester United.

“Yeah, Liverpool. Saya tak suka Liverpool. Liverpool ada sejarah jadi sebab itu saya tak suka mereka.”

“Tapi dengan (Manchester) City kita memang tak suka mereka, cuma kita memang tak ada sebab nyata mengapa kita tak suka mereka.”

“Kita sekadar membesar dan ada dua Manchester. Satu pakai biru, satu pakai merah.”

“Tapi perseteruan bersama Liverpool sememangnya sangat mendalam.”

Mendengar jawapan dari Marcus Rashford itu, jelas sekali akan menggembirakan para penyokong Man United kerana mereka sememangnya ditakdirkan untuk membenci Liverpool.

Walaupun Manchester derby itu wujud dan sentiasa panas, namun harus diakui yang perseteruan antara Man United dan Liverpool lebih mendapat sambutan.

Tidak kira di mana sahaja, para penyokong dari kedua-dua pasukan itu jelas sekali tidak pernah berdamai dan sering sahaja bermusuh.

Maka tidak hairanlah andai pemain mereka turut sama saling membenci antara satu sama lain.

Kejayaan Manchester United membelasah Liverpool 4-0 ketika aksi perlawanan persahabatan di Bangkok minggu lalu jelas sekali sangat menggembirakan Rashford dan para penyokong mereka di seluruh dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN