Peminat Terhibur Melihat Reaksi Aubameyang Ketika Bertemu Lewandowski

Para peminat terhibur melihat reaksi ‘goyang’ Aubameyang ketika melihat kehadiran Robert Lewandowski menyertai skuad Barcelona.

Robert Lewandowski menyertai rakan sepasukannya buat pertama kali ketika sesi jelajah Amerika Syarikat pada musim panas ini.

Bintang berusia 33 tahun itu telah melengkapkan perpindahan beliau menyertai Barcelona dari Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta.

Lewandowski yang sebelum ini pernah menjaringkan 344 gol dari 375 perlawanan untuk Bayern Munich itu telah diumumkan sebagai pemain terbaru Barcelona ketika beliau berada di Miami kemarin.

Beliau dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab selepas segala urusan berjaya dimuktamadkan.

Selepas menjalani sesi bergambar dan membuat video di tepi pantai di bandar tersebut, Lewandowski telah dipertemukan dengan rakan sepasukan terbarunya yang ketika itu sedang makan bersama.

Kehadiran bintang Poland itu jelas sekali satu berita buruk untuk Aubameyang yang juga baru sahaja menyerti Barcelona dari Arsenal pada Januari lalu.

Lewandowski dijangka akan menjadi pemain penyerang utama Barcelona di bawah kendalian Xavi Hernandez.

Aubameyang jelas sekali tidak gembira ketika mengetahui yang kedudukan beliau semakin tergugat, apa lagi yang bakal menggugat itu merupakan pemain penyerang terhebat dunia pada ketika ini.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Barcelona sendiri, Lewandowski dilihat bertemu dan bermesra dengan rakan sepasukannya yang baru.

Aubameyang dilihat tidak henti-henti memerhati pergerakan pemain penyerang Poland itu

Melihat kepada pandangan beliau itu, para peminat di media sosial membuat kesimpulan yang beliau sebenarnya merasa tercabar dengan kehadiran bekas bintang Bayern Munich itu.

“Pandangan Aubameyang cukup untuk membuktikan yang beliau sedang tidak gembira.”

“Ada tak sesiapa yang lain yang perasan cara bagaimana Aubameyang melihat Lewandowski.”

“Dia sudah tentu sedar yang tempat dia sebagai penyerang utama sudah tercabar, dia juga bakal menjadi pemanas bangku simpanan sahaja selepas ini.”

Walau bagaimanapun, dalam video sama turut terlihat yang kedua-dua Lewandowski dan Aubameyang saling berpelukkan.

Aubameyang pada musim lalu berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Barca pada musim lalu.

Beliau berjaya menjaringkan 13 gol dari 23 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Bintang kebangsaan Gabon itu juga turut dianggap sebagai penandatangan yang berjaya untuk kelab selepas melihat impak yang beliau tunjukkan pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, kehadiran Lewandowski jelas sekali akan menggugat kedudukan beliau kerana semua peminat juga tahu yang bekas bintang Bayern Munich itu mempunyai kualiti penyudah yang menakjubkan.

Tidak kira bermain di bawah pengurus mana sekalipun, Lewandowski tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat.

Kerana itulah ramai yang percaya yang Lewandowski akan mampu bersinar dan bakal merampas tempat Aubameyang dalam kesebelasan utama Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN