Jadon Sancho Dianggap ‘The Beast’ Di Bawah Kendalian Erik ten Hag

Jadon Sancho merupakan antara pemain yang paling menyerlah sepanjang aksi pra-musim Manchester United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Manchester United mungkin baru beraksi dua perlawanan sahaja pada pra musim ini, namun beberapa pemain sudah menunjukkan peningkatan yang sangat menakjubkan.

Tidak dinafikan pemain-pemain yang sebelum ini dianggap gagal dan hambar berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka di bawah kendalian Ten Hag.

Sancho antara pemain yang paling menyinar dengan ramai yang teruja dan terpukau melihat aksi hebat yang beliau persembahkan dalam dua perlawanan terakhir Man Utd baru-baru ini.

Red Devils berjaya menjaringkan lapan gol dari dua perlawanan tersebut, dan ia jelas membuktikan kualiti jentera serangan mereka semakin bagus.

Walaupun Ten Hag pernah mendedahkan yang masih banyak perlu diperbaiki, namun harus diakui apa yang ditunjukkan oleh para pemain sebenarnya sudah sangat memuaskan hati.

Marcus Rashford, Anthony Martial, Eric Bailly, Diogo Dalot dan Jadon Sancho merupakan antara pemain-pemain yang paling menyerlah dan mendapat pujian menggunung dari para peminat.

https://twitter.com/UTDARENAGH/status/1548346439482281989?t=xgoDDvMu8aN1ybZFCZywNQ&s=19

Jadon Sancho yang paling menyerlah

Bekas bintang Borussia Dortmund itu jelas sekali sedang menikmati permulaan karier yang sangat gemilang di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Pemain sayap England itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dari kedua-dua aksi perlawanan persahabatan Man Utd pada sesi jelajah pra-musim ini.

Ketika awal ketibaannya dari Dortmund, Jadon Sancho sebenarnya telah melalui pelbagai kesukaran terutama dari segi konsistensi dan beliau juga bergelut untuk mendapatkan minit permainan.

Beliau bahkan dianggap sebagai pembelian yang gagal kerana tidak mampu memberikan impak seperti yang diharapkan.

Sancho walau bagaimanapun berjaya mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya ketika beraksi di bawah kendalian Erik Ten Hag.

https://twitter.com/HerancaFutebol/status/1546933311850831875?t=szitzcqWffI5kox9Bvzacw&s=19

Penampilan beliau ketika bertemu Liverpool dan Melbourne Victory membuktikan yang beliau masih mempunyai keyakinan ketika memegang bola dan skillnya juga masih berada di tahap terbaik.

Beliau kerap membuat larian merbahaya dari bahagian sayap hingga masuk ke dalam kotak penalti lawan.

Gandingan beliau bersama Diogo Dalot di sudut sebelah kanan padang jelas sekali sangat memuaskan hati Ten Hag dan mereka benar-benar beri ancaman kepada pasukan lawan.

Tidak mengejutkan untuk melihat Ten Hag mahukan skuadnya lebih banyak menghasilkan situasi cutback kerana beliau memiliki pemain seperti Sancho.

Sancho merupakan pemain yang boleh konsisten bermain hantaran di belakang backline dan segera membuat larian seandainya ada ruang untuknya.

Selepas beliau membuat larian, Sancho secara tak langsung akan mampu menarik pemain lawan, seterusnya membuka ruang untuk pemain full back melakukan hantaran atau mencipta peluang.

Mimpi ngeri Jadon Sancho yang dianggap bakal menjadi Van de Beek di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer sepertinya sudah berakhir dan beliau selepas ini bakal menjadi antara pemain terpenting Man United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN