Setelah mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFC lalu di Bali, kini Kedah Darul Aman (KDA) bakal berdepan satu lagi cabaran agak getir dalam aksi pusingan kedua Piala FA menentang Terengganu.
Berdepan lawan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak pada Rabu ini, pastinya skuad kendalian Aidil Sharin perlu membuat satu lagi perhitungan untuk menentukan sama ada KDA layak atau terkandas di pusingan kedua saingan tersebut.
CABARAN PIALA FA PUSINGAN KEDUA MENANTI SANG KENARI RABU INI!
Misi mempertahankan kejuaraan!
Sang kenari akan bertandang ke Kuala Terengganu Rabu ini menentang Terengganu FC dalam misi memburu slot ke suku akhir kejohanan musim ini.
Ayuh warga hijau kuning, jumpa anda di sana! pic.twitter.com/EXQWaakyHM
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 2, 2022
Menurut Syazwan Zainon selaku Kapten KDA, beliau mahu kejayaan yang dilakar sewaktu di Bali lalu menjadi bekalan semangat buat pasukan untuk menampilkan aksi terbaik menentang Terengganu untuk melayakkan diri mereka ke saingan suku akhir Piala FA musim ini.
“Selepas mencapai kemenangan pada perlawanan Piala AFC lalu, Kedah memperoleh suntikan motivasi yang terbaik bagi semua pemain untuk meneruskan perjuangan dalam perlawanan Piala FA yang akan kembali bermula pada rabu ini.
“Saya sangat berharap dengan pencapaian yang diperoleh KDA FC ini, pemain berada dalam keadaan cukup bersemangat bagi meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Piala FA dan juga Liga Super selepas ini.
“Bagi saya, prestasi permainan yang kita pamerkan di Bali lalu perlu kita teruskan dan saya yakin ini adalah masa yang terbaik untuk kita terus buktikan kemampuan untuk kita layak ke peringkat seterusnya.” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, pemain sayap lincah berpengalaman itu juga mengakui tugas getir sedang menanti mereka apabila mengakui lawan mempunyai ramai pemain berkualiti.
Syazwan juga akui cabaran beraksi di gelanggang lawan bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi beliau dan rakan sepasukan.
🟡 QUALIFIED 🟢
🇲🇾 Kedah Darul Aman emerge as Group G winners to reach the #AFCCup knockout stage for the first time since 2009 👏#AFCCup2022 | @kda_fc pic.twitter.com/qVwmYTRdym
— #AFCCup (@AFCCup) June 30, 2022
“Kita pun tahu TFC bukan calang-calang pasukan kerana mereka adalah antara pasukan terbaik Liga M pada musim ini dan TFC turut memiliki pemain yang laju dan memiliki keupayaan tinggi dalam perlawanan yang perlu kita awasi disamping kita pula akan bermain di tempat lawan.
“Jadi kita perlukan fokus kemenangan yang berterusan kerana kita cuma ada masa dalam 2-3 hari untuk membuat persediaan dan saya harap kita cukup rehat agar kita dapat kembalikan kekuatan yang kita ada apabila bertemu TFC nanti,” katanya.
Untuk rekod, KDA berjaya melakar kemenangan besar mengatasi lawan dari saingan Liga M3 iaitu KSR Sains FC pada perlawanan pertama mereka dalam aksi Piala FA.
⚔️🟢🟡 Alhamdulillah, layak ke pusingan kedua Piala FA!
FT: KDA FC 4-0 SAINS FC
⚽ 18' 48' Fayadh KDA FC
⚽ 50' 60' Amer Azahar KDA FC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #FARd1 #KDASFC pic.twitter.com/mX4aa4XhWk— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 12, 2022
Keputusan 4-0 itu menyaksikan KDA hanya menurunkan barisan kedua mereka dan dua gol terhasil masing-masing menerusi Fayadh Zulkifli dan Amer Azahar.
KDA juga ibarat mendapat suntikan motivasi dalam pasukan apabila kedua import baharu mereka iaiti Sanrawat Detchmitr dan Mahmoud Al-Mardi masing-masing mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC lalu.