Liga Super: 3 Mata Berharga Akhirnya Dilakar Penang Di Bandaraya

Penang FC Terengganu FC Liga Super 2022 mata berharga

Penang FC akhirnya beroleh kemenangan dan tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2022 apabila berjaya membenam cabaran Terengganu FC dengan keputusan 2-1 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Perlawanan yang bermula hambar apabila Penang bergelut untuk memiliki dan mengekalkan penguasaan, sementara Terengganu dilihat belum berminat untuk lebih menekan benteng tuan rumah di awal aksi.

Begitupun, Penang lebih berpeluang untuk berada di depan dengan beberapa percubaan, namun kekentalan penjaga gol pelawat, Suhaimi Husin berjaya menafikannya antaranya di minit ke-12 menerusi hantaran lintang Fairuz Zakaria dan minit ke-20 menerusi hantaran lintang Adib Raop yang bermain di posisi bek sayap kiri.

Kapten, Endrick dos Santos juga dilihat bergelut dengan prestasi sejak awal musim gagal menghadirkan impak untuk membantu Harimau Kumbang lebih berbahaya ketika asakan malah melepaskan beberapa peluang.

Bertahan dengan agak kompak membuatkan Terengganu mati akal untuk memecah masuk ke defensive third Penang. Faisal Halim dan Faiz Nasir yang digunakan di sebelah sayap pula buntu untuk memecah masuk.

Tekanan demi tekanan menyaksikan Penang memperolehi jaringan pembukaan di minit ke-23 menerusi rembatan deras Hilal El-Helwe yang menggantikan penyerang utama, Casagrande yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan. Ia merupakan hasil hantaran ‘cut-back’ oleh pemain sayap, Faizat Ghazli.

Sang Penyu wajar berasa sedikit lega apabila Penang tidak memanfaatkan beberapa peluang boleh gol mereka. Di penghujung babak pertama, mereka berpeluang meledak gol penyamaan, namun rembatan Shahrul Nizam Ros Hasni berpunca daripada sepakan penjuru, berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Hafizul Hakim.

Disebabkan hilang penguasaan terutamanya di jentera tengah, pengendali, Nafuzi Zain terpaksa membuat pertukaran dengan memasukkan Nik Sharif Haseefy menggantikan Faiz yang tenggelam di babak pertama. Kecemerlangan Nik Sharif dalam aksi sebelum ini menyaksikan mereka menagih tenaga segar dan kreatif.

Dan ia membuahkan hasil seawal minit ke-49 apabila gerakan yang dijana oleh pemain sayap itu berjaya menemui terlebih dahulu Habib Haroon sebelum disudahkan oleh Faisal Halim untuk jaringan penyamaan.

Namun, ia tidak bertahan lama apabila seminit kemudian, Penang kembali di depan menerusi tandukkan pemain sayap, T. Saravanan yang menerima bola daripada tepisan Suhaimi daripada rembatan deras Hilal.

Terengganu menambah asakan ke benteng tuan rumah, namun barisan pertahanan mereka yang diketuai Rafael Vitor dan Khairul Akmal kental bertahan selain aksi menyelamatkan Hafizul Hakim di minit ke-60 menafikan peluang boleh gol pelawat. Penang hanya hadir menerusi serangan balas pantas, namun buntu.

Selain itu, benteng tuan rumah, Adib Raop juga berjaya menafikan peluang boleh gol pelawat enam minit kemudian di atas garisan gol selepas Hafizul Hakim telah tertewas menerusi satu serangan balas pantas.

Minit ke-78, Nik Sharif yang berjaya memberi impak kepada jentera serangan pelawat berjaya melepaskan satu percubaan deras dari luar kotak penalti, namun dengan cemerlang dinafikan Hafizul Hakim di gawang gol.

Penang menampilkan permainan bertahan selepas sejam beraksi menyaksikan lawan mendominasi aksi.

Tuan rumah akhirnya berjaya memperolehi kemenangan pertama mereka musim ini selepas asakan bertubi-tubi pelawat gagal membuahkan hasil dan menamatkan rentetan tiga kemenangan berturut-turut Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN