Jaami Qureshi mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat berminat mahu beraksi bersama skuad Harimau Malaya, namun masih belum menerima maklum balas dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Peminat bola sepak negara pada ketika ini masih lagi sedang bergembira meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu berjaya layak ke Piala Asia 2023 selepas mengakhiri saingan peringkat kumpulan E di kedudukan kedua di belakang Bahrain.
Jaami Qureshi has arrived at Wisma FAM. pic.twitter.com/2j7V38HDiy
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 16, 2022
Jelas sekali para peminat sangat gembira dengan kejayaan tersebut dan hal itu tentunya masih menjadi topik perbualan ramai.
Skuad negara pada ketika ini dilihat sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dengan para pemain juga jelas bermati-matian ketika menyarung jersi Harimau Malaya.
Para peminat merasa begitu berbangga dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh para pemain dalam usaha mereka membantu Malaysia untuk layak ke Piala Asia.
Dengan semangat serta kualiti pemain sedia ada, Malaysia kini dianggap sebagai antara pasukan paling digeruni walau berada di kedudukan ke-147 FIFA.
Tentu saja para peminat sangat berharap agar kualiti sedia ada ditambah baik dengan kehadiran pemain baru yang berbakat dan berpotensi.
#bolatime #kualalumpur Pemain remaja berpangkalan di England, Jaami Qureshi mencetuskan tanda tanya apabila mengunjungi Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini. https://t.co/LTlxZw4QTx
— Harian Metro (@hmetromy) June 16, 2022
Jaami Qureshi antara pemain yang sangat diharapkan akan menyarung jersi Harimau Malaya selepas ini.
Hal itu semakin hangat dibincangkan selepas beliau baru-baru ini dilihat membuat lawatan ke Wisma FAM.
Ramai yang percaya beliau dipanggil ke FAM atas alasan mahu melakukan rundingan berkait hasratnya yang mahu beraksi bersama Harimau Malaya.
Menurut sumber laporan dari Astro Arena, Jaami Qureshi sebenarnya sangat berminat mahu beraksi bersama skuad Harimau Malaya namun beliau masih belum menerima sebarang maklum balas dari FAM.
“Saya berasakan ini merupakan satu peluang terbaik buat saya tetapi buat masa ini masih belum mendapat maklum balas dari FAM,”“Ketika ini, kami sedang membincangkan mengenai masa depan karier saya, saya mahu kekal di England untuk beraksi di peringkat kelab.
“Semangat yang dipamerkan buat skuad Harimau Malaya merupakan salah satu perkara yang menarik perhatian saya.“Saya telah menyaksikan saingan kelayakan Piala Asia ini dan berasakan kehadiran jurulatih baru itu telah meningkatkan lagi mutu pasukan.”
Jaami Qureshi Akan Lengkapkan Proses Kerakyatan Malaysia, Kekal Beraksi Di England https://t.co/HivwkGxfU8
— MakanBola (@makanbolaplus) June 15, 2022
Jelas Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung FAM, sebaliknya mereka telah berhubung secara terus dengan bapa pemain tersebut, Perviz Qureshi serta Pengurus Akademi Brighton & Hove Albion, John Morling bagi membincangkan mengenai panggilan ke pusat latihan untuk skuad Bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan menjelang Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun yang sepatutnya diadakan di Uzbekistan pada tahun 2020 lalu.
Bapa kepada Jaami Qureshi ini juga pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika tahun 2020 bagi membincangkan lebih lanjut mengenai status anaknya bersama skuad negara.
Menerusi beberapa siri perbincangan antara Qureshi dan FAM sekitar Julai 2020, bapa pemain tersebut mahu anaknya diberi taraf keistimewaan kerakyatan tanpa perlu melalui beberapa proses penilaian teknikal daripada jurulatih Brad Maloney ketika itu.
Dalam masa yang sama, pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzri Ahmad Kamal mematuhi proses kurantin setelah menyatakan kesediaan beliau untuk pulang ke tanah air bagi menjalani latihan bersamaa skuad Bawah 19 tahun dan akan dinilai dari segi kemahiran teknikal sebagai usaha untuk menyakinkan panel kejurulatihan yang beliau layak untuk dipertimbangkan.
Selaku badan induk bola sepak Malaysia, jelas FAM tidak akan mengambil ringan dalam mematuhi peraturan, garis panduan, dan undang-undang yang disediakan kerajaan berhubung prosess kuarantin berkaitan Covid-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-manaa individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan.
Urutan Peristiwa Bebenang Komunikasi dengan Brighton dan Perviz Qureshi:
30 Jun 2020 – E-mel di antara FAM dan Pengurus Akademi Brighton & Hove Albion, John Morling, yang meminta program latihan pasukan Bawah 19 tahun menjelang Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun di Uzbekistan pada Oktober.
Jaami Qureshi menerusi 'IG Story' berada di Wisma FAM pagi tadi. Dia dijangka akan menyelesaikan dokumentasi untuk mewakili Harimau Malaya pada masa akan datang.
Pemain warisan ini boleh mewakili England (tempat kelahiran), Iraq (bapa) atau Malaysia (ibu).
Sumber : IG Jaami pic.twitter.com/KLA37eWSrZ
— Flash Sukan (@FlashSukan) June 16, 2022
2 Julai 2020 – FAM meminta klip video permainan Qureshi.
7 Julai 2020 – FAM menerima klip video aksi Qureshi daripada Juruanalisis Prestasi Akademi Brighton.
10 Julai 2020 – Program latihan pasukan Bawah 19 tahun negara dikongsikan dengan bapa Qureshi, Perviz Qureshi yang turut mencadangkan agar Qureshi berangkat dari United Kingdom pada 15-17 Julai bagi memenuhi syarat wajib kuarantin selama 14 hari serta permohonan untuk memproses dokumen pengenalan mengikut syarat Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia. FAM turut meminta jaminan daripada bapanya yang Qureshi akan komited menyarung jersi Malaysia seandainya kedua-dua England dan Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA Bawah 20 tahun di Indonesia.
10 Julai 2020 – Bapanya Perviz menyatakan keberatan membenarkan Jaami pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarantin yang panjang tetapi mencadangkan agar FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya. Pada masa yang sama beliau keberatan mengizinkan FAM mengirim kakitangan teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.
14 Julai 2020 – FAM menyatakan tiga perkara penting untuk dimuktamadkan:
(i) Jaami harus hadir secara fizikal bagi memenuhi proses permohonan dokumentasi kerakyatan termasuk kad pengenalan dan pasport
(ii) Komitmen bahawa Jaami memilih kewarganegaraan Malaysia dan bukan England
(iii) Jaami harus melalui proses ujian pemilihan dari sudut teknikal seperti Wan Kuzrin
24 Julai 2020 – Brad Maloney memutuskan untuk tidak menyenaraikan Jaami atas sebab tiada persetujuan dicapai di antara kedua-dua pihak berhubung penilaian teknikal terhadap pemain itu serta komitmen bahawa beliau memilih Malaysia dan bukan England seandainya kedua-dua negara layak ke Piala Dunia FIFA Bawah 20 tahun di Indonesia.
10 September 2020 – AFC mengumumkan Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun ditangguhkan ke Mac 2021
25 Januari 2021 – AFC mengumumkan kejohanan itu dibatalkan dan Uzbekistan menjadi hos edisi 2023
Jaami Qureshi Tertarik Dengan Taktikal Kim Pan-gon https://t.co/kqxaTxOm6X
— MakanBola (@makanbolaplus) June 16, 2022
Segala bukti bertarikh lengkap jelas disiarkan FAM kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham mengenai dakwaan badan utama bola sepak negara itu tidak serius mengenai Jaami Qureshi. Jelas Sekreteriat Agung FAM mengambil inisiatif untuk berhubung dengan keluarga pemain ini pada 2020.
Tetapi atas pelbagai faktor yang tidak dapat diselesaikan bersama, maka usaha menjadikan Jaami selaku rakyat Malaysia tidak dapat dicapai. FAM menerusi Saifuddin turut mengucapkan selamat maju jaya buat pemain berkenaan.