Kerteh FC Luaskan Sayap, Kini Bergelar Rakan Kongsi Bersama Carabao Musim 2022/2023

Pasukan yang beraksi di saingan Liga M4, Kerteh FC semakin meluaskan pengaruh mereka dalam industri bola sepak tanah air apabila terbaharu kelab tersebut menjadikan syarikat Carabao sebagai rakan kongsi mereka.

Perkara tersebut diumumkan sendiri sebentar tadi menerusi laman Facebook kelab tersebut dan mendapat reaksi positif daripada para peminat yang melihat perkara tersebut sebagai satu lagi langkah buat pasukan itu untuk terus bergerak lebih maju.

Menerusi kerjasama tersebut, Carabao bakal menjalinkan kerjasama ini bersama Kerteh bagi musim 2022/2023 beserta pilihan sehingga tahun 2025.

Carabao juga bakal menjadi jenama minuman tenaga rasmi buat Kerteh selain menjadi rakan kongsi untuk pakaian jurulatih latihan rasmi sebaik sahaja kerjasama kedua-dua pihak berlangsung.

Menurut kenyataan tersebut, Carabao berpotensi untuk melebarkan pasaran mereka di Malaysia apabila jenama tersebut bakal terpampang pada pakaian kakitangan kejurulatihan dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pasukan utama Kerteh setelah meluaskan sayap di Rantau Asia serta Eropah.

“Hubungan inovatif ini akan membolehkan Carabao sebuah syarikat minuman tenaga terkemuka di Rantau Asia dan Eropah, mengembangkan kehadirannya di Malaysia dan pemasarannya dengan pendedahan besar yang diberikan apabila logo Carabao akan dipaparkan pada pakaian kakitangan kejurulatihan dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pasukan utama Kerteh.”

Untuk info, jenama Carabao mula diperkenalkan pada tahun 2002 menerusi selebriti di Thailand iaitu Aed Carabao.

Motif kerbau yang menampilkan burung merah adalah salah satu simbol komersil yang paling dikenali di Rantau Asia dan Eropah dengan tajaan English Football League atau lebih dikenali Carabao Cup, menurut kenyataan tersebut.

“Kami gembira dapat membentuk kerjasama baharu dengan Carabao yang merupakan satu jenama global dan sangat dikenali dalam industri ini.

“Kami juga mengalu-alukan rakan kongsi baharu kami ini sebagai penaja pakaian kakitangan kejurulatihan kelab.

“Kami juga yakin dengan termeterainya kerjasama ini, ianya akan meningkatkan lagi daya saing kami dari segi komersil dan peluang untuk kami mengukuhkan asas perniagaan kelab kami.

“Sebagai balasan, jangkauan aliran perniagaan kami juga akan membantu Carabao Malaysia meluaskan lagi pasaran baharu mereka di Terengganu khususnya,” jelas Presiden Kerteh FC iaitu Mohd Razeman Mat Nashim.

Selain itu, Tan Kai Hong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Carabao Malaysia menganggap objektif mereka tercapai setelah menjadikan Kerteh FC selaku rakan kongsi mereka dalam usaha memperkenalkan jenama tersebut dengan lebih meluas.

“Kami berasa gembira menjadi sebahagian daripada  keluarga Kerteh. Sejak 3 tahun lalu, Kerteh telah menjadi salah satu kelab yang mempunyai reputasi yang cemerlang.

“Kami sedang mencari peluang untuk berkembang dalam pasaran Malaysia dan telah mendapati Kerteh merupakan rakan kongsi yang akan membantu kami untuk mencapai objektif kami di Malaysia,” ujar beliau.

Sumber:
Kerteh FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN