Dion Cools gembira dengan peranan baru yang Kim Pan-gon berikan kepadanya untuk membantu memantapkan barisan pertahanan negara.
Pemain SV Zulte Waregem itu turut berpuas hati dengan prestasi semasa skuad kebangsaan Malaysia pada ketika ini dan beliau juga turut percaya Harimau Malaya mampu berikan yang lebih baik.
Cools merupakan antara pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama dari kedua-dua aksi perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Brunei dan Hong Kong.
Ini 3 Perkara Positif Malaysia Pamerkan Dalam Aksi Menentang Hong Konghttps://t.co/Rk6twrRAvi
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 2, 2022
Kim Pan-gon jelas sekali memberi peranan khas kepada Dion Cools dan beliau ketika ini merupakan nadi terpenting dalam sistem Harimau Malaya.
Berbanding ketika beraksi bersama skuad Piala AFF sebelum ini, Cools berasakan skuad Malaysia kali ini lebih bagus dan beliau sangat gembira beraksi di bawah kendalian Kim.
Ketika ditanya tentang perbezaan skuad sekarang dan Piala AFF, Cools mendedahkan kepada Semuanya BOLA:
“Ramai pemain yang berbeza, saya tak tahu, tapi sudah tentu, ketika bermain dengan pemain berbeza dan skuad berbeza, dan sekarang kita bertemu lawan yang mudah, dan saya harap dalam perlawanan selepas ini kita akan buat yang lebih baik.”
Pemain pertahanan Malaysian, Dion Cools bercakap kepada wartawan kami iaitu @ShikhRizal mengenai peranan yang diberikan Kim Pan-gon kepadanya dalam perlawanan menentang Hong Kong semalam. 🇲🇾 pic.twitter.com/eCX6WyumjC
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 2, 2022
Cools turut mendedahkan yang Kim menyediakan satu peranan khas untuk beliau membantu mengetuai barisan pertahanan negara.
“Dia (Kim) sediakan satu peranan untuk saya mengetuai barisan pertahanan, saya rasa saya perlu berkongsi pengalaman saya kepada mereka, jadi saya akan berusaha bantu mereka semampu saya.”
“Barisan kejurulatihan kita juga sudah melakukan kerja yang sangat menakjubkan, semua orang tahu apa peranan masing-masing, dan kerana itu kita dapat keputusan yang baik dari dua perlawanan terakhir ini.”
Malaysia sebelum ini berjaya menewaskan Brunei 4-0 dan malam semalam skuad kendalian Kim itu berjaya menundukkan Hong Kong 2-0.
Persahabatan Antarabangsa: Safiq Rahim Jaring Gol Untuk Malaysia Selepas 7 Tahunhttps://t.co/UBd0dq9jg6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 1, 2022
Ia merupakan satu rekod yang baik dan tentunya pada penyokong sangat berharap agar skuad Harimau Malaya akan konsisten pamer aksi terbaik seterusnya mencatatkan kemenangan demi kemenangan dalam aksi-aksi mendatang.
Walau Hong Kong dan Brunei bukanlah pasukan besar, namun harus diakui yang skuad Harimau Malaya sememangnya sudah mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam kedua-dua perlawanan tersebut.
Aksi bertemu Hong Kong dilihat sedikit lebih bagus berbanding ketika mereka turun beraksi bertemu Brunei sebelum ini.