Persahabatan Antarabangsa: Safiq Rahim Jaring Gol Untuk Malaysia Selepas 7 Tahun

Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan apabila mudah menewaskan Hong Kong dengan jaringan 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan keseluruhan skuad negara apabila mereka melancarkan serangan bertali arus dari minit pertama permainan.

Rangkaian serangan yang diterajui Darren Lok, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid jelas sekali memberikan banyak masalah kepada pasukan lawan.

Jentera serangan negara pada malam ini turut dibantu dengan aktifnya barisan pertahanan sisi yang turut naik ke atas untuk menghantar bola-bola bahaya ke kawasan lawan.

Walaupun serangan tanpa henti ditonjolkan oleh pasukan negara, namun mereka tidak mampu untuk menterjemahkan kepada jaringan gol.

Sleeps 30 minit permainan, Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan gol menerusi sepakan penalti selepas Akhyar dijatuhkan.

Safawi dengan tiada sebarang masalah mudah menewaskan Da Silva Cesar untuk meletakkan negara di depan.

Skuad negara sepatutnya dianugerahkan satu lagi sepakan penalti selepas Cesar menjatuhkan Akhyar namun begitu pengadil, Suhaizi Shukri memilih untuk meneruskan permainan.

Separuh masa kedua menyaksikan serangan terus dilancarkan ke arah pintu gol Hong Kong.

Darren Lok mempunyai peluang terbaik di separuh masa kedua apabila beliau mendapatkan peluang bola hantaran dari Matthew Davies.

Kuisan yang dilakukan oleh beliau berjaya singgah ke sasaran namun ianya ditolak oleh Cesar.

Kemasukan Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh dan juga Guilherme De Paula dilihat cuba untuk menambah sengat di bahagian serangan namun ianya tidak membuahkan hasil.

Begitu juga dengan Faisal Halim yang turut memberikan impak minima selepas menggantikan Arif Aiman yang beraksi baik sepanjang perlawanan.

Hong Kong hanya melakukan serangan pada penghujung babak perlawanan menerusi sepakan percuma tidak terus (indirect free-kick) yang tidak memberikan sebarang bahaya kepada Farizal Marlias yang tidak ‘berpeluh’ sepanjang perlawanan.

Malaysia akhirnya berjaya memateri kemenangan mereka apabila Safiq menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit akhir perlawanan.

Ianya terhasil selepas Faisal dijatuhkan di depan kotak penalti oleh pertahanan lawan.

Gol Safiq itu adalah kali pertama untuk Harimau Malaya selepas tujuh tahun. Kali terakhir beliau melakukannya adalah pada 2015.

Secara keseluruhannya, Malaysia mempamer jentera serangan yang baik namun sayangnya penyudah yang tumpul menjadi masalah. Perkara ini harus dibaiki sebelum kelayakan Piala Asia 2023 bermula kelak.

Keputusan akhir, Malaysia 2-0 Hong Kong.

Kesebelasan utama

Malaysia: Farizal Marlias (penjaga gol) (ketua pasukan), Matt Davies, Shahrul Saad, Safawi Rasid, Arif Aiman, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Dion Cools, La’vere Corbin Ong, Darren Lok, Azam Azih

Hong Kong: Da Silva Cesar (penjaga gol), Law Tsz Chun, Huang Yang (ketua pasukan), Chan Siu Kwan, Orr Matthew Elliot, Wong Wai, Fung Hing Wa, Jahangir Khan, Wong Tsz Ho, Yue Tze Nam, Yu Wai Lim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN