Percaturan berani pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengubah peranan Baddrol Bakhtiar dilihat membantu mereka untuk memperolehi tiga mata menewaskan Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya.
Perlawanan itu turut dihiasi dengan dua gol menarik yang dilakar Baddrol Bakhtiar di minit ke-22 dan ke-61.
Penang turun di laman sendiri dengan semangat kemenangan yang diperolehi di saingan Piala FA tempohari ke atas Perak FC dengan mengatur beberapa asakan awal ke kubu Sabah, tetapi ia telah gagal disempurnakan.
Dua kali pemain sayap kanan, Faizat Ghazli melepaskan peluang terbaik untuk Penang berada di depan iaitu di minit ke-6 dan ke-8. Walaupun berada di depan gawang, Faizat Ghazli masih gagal untuk mendapatkan gol.
23' GOL | Baddrol Bakhtiar menanduk masuk hantaran lintang Saddil Ramdani untuk membuka tirai jaringan di Stadium Bandaraya!@Penang_FC 0-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/uauSFGKczp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
Sentuhan tipisnya hasil hantaran lintang T. Saravanan sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang yang dikawal Khairul Fahmi, sementara peluang keduanya pula menerusi tandukkan cemerlang ditepis penjaga gol utama Sabah itu – hasil hantaran lintang oleh kapten, Azmi Muslim yang tepat menemuinya yang tidak dikawal.
Disebalik tekanan oleh tuan rumah, Sabah beroleh jaringan pendahuluan hasil tandukkan terbang kapten, Baddrol Bakhtiar. Saddil Ramdani bijak mencipta ruang buat dirinya untuk membuat hantaran lintang rendah untuk ditanduk oleh Baddrol pada minit ke-22. Percaturan berhasil Sabah oleh Datuk Ong Kim Swee.
Ini kerana Baddrol telah diletakkan sebagai penyerang utama – walaupun seorang pemain tengah sambil dibantu oleh Taiki Kagayama dan Amri Yahyah di kiri dan kanannya. Betapa beraninya Kim Swee memberikan peranan penyerang kepada pemain tengah itu dan ia telah membuahkan hasil yang lumayan di awal aksi.
Perlawanan kembali dikawal oleh Harimau Kumbang seperti sebelumnya selepas jaringan tersebut. Sabah dilihat kurang membina ancaman ke kubu lawan sebaliknya tuan rumah yang sering kali mengancam kubu lawan. Minit ke-32, Casagrande hanya mampu membuat tandukkan lemah yang mudah buat Khairul Fahmi.
Empat minit berselang, Faizat Ghazli sekali lagi menjadi tumpuan apabila melepaskan peluang ketiganya untuk melakar jaringan. Hantaran lintang oleh Saravanan gagal disentuhnya dengan kemas untuk menerjah jaring. Di penghujung aksi babak pertama, Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan percubaan berbahaya Casagrande.
51' GOL | Tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi T. Saravanan!@Penang_FC 1-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/IaEa7pAf5V
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
57' GOL | Jackson kembali meletakkan Sabah FC di depan!@Penang_FC 1-2 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/uXSdWoSwxT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
Di awal babak kedua, Penang mempamerkan sinar kebangkitan apabila Saravanan berjaya mencipta jaringan penyamaan di minit ke-52. Hantaran lintang Endrick dari sebelah kanan gagal disambar Casagrande, namun Saravanan yang berada di far post memanfaatkan peluang yang didapatinya untuk meledak gol pertama.
Selepas jaringan itu, Sabah mengamuk di Bandaraya dengan menghasilkan tiga jaringan menerusi bek tengah, Jackson, Baddrol Bakhtiar dan Stuart Wilkin dalam tempoh 10 minit. Bermula pada minit ke-58, hasil hantaran Saddil Ramdani disentuh mudah oleh Jackson untuk menewaskan Khatul Anuar buat pelawat mendahului aksi.
60' GOL | Baddrol Bakhtiar melakukan "overhead kick" untuk gol ketiga Sabah malam ini!@Penang_FC 1-3 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/rXBHubjCWc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
66' GOL | Stuart Wilkin mencatat gol sulung bersama Sabah FC! @Penang_FC 1-4 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/vey2VZd3qT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
76' GOL | Hilal El-Helwe merapatkan kedudukan untuk Penang FC!@Penang_FC 2-4 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/0e8mUGlNDB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
Tiga minit berselang, Baddrol Bakhtiar mempamerkan sentuhan ajaibnya lagi dengan jaringan ‘overhead kick’ untuk menewaskan Khatul Anuar. Dan lima minit kemudian, giliran Stuart Wilkin pula melakar nama sebagai penjaring. Mendahului 4-1, Sabah tetap dilihat benafsu memburu lebih lagi untuk terus berpesta di laman lawan.
Minit ke-76, Hilal El-Helwe akhirnya menemui sentuhan jaringan buat Harimau Kumbang. Hantaran lintang pemain gantian. K. Thivandaran berjaya disentuh Casagrande sebelum menemui Hilal yang tidak dikawal untuk menewaskan Khairul Fahmi buat kali kedua. Penang tampak kembali cuba menghidupkan peluang mereka.
Khairul Fahmi membuat aksi menyelamat penting di minit ke-87 hasil percubaan Hilal untuk menutup peluang Penang bangkit mendekatkan jurang gol sebelum menyelamatkan sepakan percuma Hilal di penghujung perlawanan. Sabah melakar kemenangan ke atas Penang dan juga kemenangan kelima buat mereka.