Liga Super: Kedah Terus Gagal Manfaat Aksi Di Laman Sendiri Untuk Atasi Negeri Sembilan

Kedah Darul Aman (KDA) gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar terikat seri tanpa jaringan bersama Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman sebentar tadi dalam aksi terakhir saingan Liga Super sebelum berehat selama satu bulan bagi memberi laluan buat kem kebangsaan.

10 minit pertama permainan menyaksikan kedua pasukan saling berhati-hati menyusun gerakan dengan Negeri Sembilan terlebih dahulu memperoleh peluang menerusi Herold Goulon yang menanduk kencang bola tepat ke gawang gol KDA sebelum Ifwat Akmal mendakap kemas pada minit ke-6.

Menerusi sepakan percuma pada minit ke-22, KDA hampir mendapat gol pertama mereka setelah sepakan Al-Hafiz berjaya melepasi benteng pertahanan pelawat sebelum bola berjaya ditepis keluar oleh Ahmad Syihan Hazmi.

Intensiti permainan juga tampak agak perlahan apabila banyak siri kekasaran berlaku membabitkan kedua pasukan sehingga pengadil kerap meniup wisel untuk memberhentikan seketika perlawanan.

Kossi Adetu melepaskan dua peluang berturut-turut untuk memberi gol pertama buat Negeri Sembilan pada minit ke-34, namun tampil Ifwat cemerlang menyelamatkan keadaan untuk tidak membiarkan penyerang import tersebut melepasi gawangnya.

David Mawutor hampir mencemaskan gawang gol KDA pada minit kecederaan apabila pemain tengah tersebut berjaya melepasi pertahanan tuan rumah untuk membuat larian solo sebelum Ifwat tampil cemerlang menutup segala ruang dan terus menyelamatkan keadaan gawang pasukan.

Separuh masa kedua menyaksikan ada peningkatan intensiti dipamerkan KDA untuk memburu gol yang dicari sambil pelawat pula terpaksa lebih banyak bertahan bagi mengelak gawang gol mereka dibolosi.

Pada minit ke-63, Ngah Wanja melepaskan peluang terbaik untuk beliau meledak gol sulung KDA setelah menerima hantaran cantik di bahagian tengah oleh Fayyadh Zulkifli.

Namun, rembatan beliau sedikit lemah untuk disambut kemas oleh Syihan Hazmi walaupun sudah berjaya melepasi kawalan tiga pertahanan Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan juga ada beberapa babak percubaan menarik yang hampir merobek gawang gol KDA, namun kecemerlangan Ifwat berjaya menafikan segala gerakan lawan.

Keputusan perlawanan kekal dengan KDA sekadar terikat seri bersama Negeri Sembilan walaupun masing-masing saling berbalas serangan pada minit akhir permainan di Stadium Darul Aman.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Kesebelasan utama Kedah Darul Aman

Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Penjaga Gol)

Marcos Vales Gonzalez

Jang Sukwon (Kapten)

Muhammad Khairu Azrin Khazali

Mohamad Al Hafiz Harun

Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik

Wanja Ronald Ngah

Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam

Amirul Azhan Aznan

Muhammad Ariff Farhan Md Isa

Muhammad Syafiq Ahmad

Kesebelasan utama Negeri Sembilan

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga Gol)

Khair Muhammad Jefri Jones

Herold Mark Goulon

Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (Kapten)

Omid David Nazari

David Mawutor

Nasrullah Haniff Johan

Ahmad Khuzaimi Piee

Evanonye Kossi Adetu

Saiful Ridzuwan Selamat

Namathevan Arunasalam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN