[VIDEO]: Gol Sendiri Park Yong-woo Yang ‘Hantar’ Penyokong JDT Euforia & Ulsan Hyundai Pulang Awal

Park Yong-woo Ulsan Hyundai JDT ACL 2022

Park Yong-woo merupakan pemain tengah bertahan yang digunakan sepenuhnya untuk aksi berdepan lawan sukar, Kawasaki Frontale akhirnya telah membuat kesilapan yang menghantar Ulsan Hyundai pulang awal.

Dalam dua aksi berdepan juara dua tahun berturut-turut J1 League, Jepun, Park Yong-woo merupakan pemain penting buat Hong Myung-bo apabila beraksi penuh 90 minit. Dalam aksi lain, beliau hanya diturunkan ketika berdepan JDT sebanyak 108 minit dalam dua perlawanan dan direhatkan berdepan Guangzhou FC dua kali.

Ini membuktikan beliau antara nadi pasukan ketika berdepan pasukan besar. Begitupun, gol sendirinya yang menghantar Johor Darul Ta’zim melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik memadamkan kecemerlangannya sebagai tonggak pasukan yang pernah menjulang dua kali Trofi AFC Champions League (ACL) sebelum ini.

Dalam aksi pembukaan Kumpulan I, ACL 2022 berdepan Kawasaki Frontale, beliau berhasil mencipta assist kepada Leonardo di minit ke-21 sebelum ia disamakan di penghujung perlawanan oleh Shintaro Kurumaya.

Malah, dalam aksi tersebut, Park Ying-woo diberikan rating 7.5 – tertinggi oleh Sofascore. Beliau cemerlang menguasai bahagian tengah bersama Lee Kyu-seong disamping membuat hantaran-hantaran jauh dengan peratusan yang tinggi iaitu 90 peratus selain lima daripada sembilan hantaran jauhnya tepat kepada penerima.

Ia gagal diteruskan dalam aksi kedua mereka berdepan JDT apabila mereka tumbang 1-2 dan beliau dikeluarkan pada minit ke-73 untuk mereka terus memburu jaringan kemenangan. Tetapi, mereka gagal merealisasikannya apabila penyerang sensasi lawan, Bergson da Silva berhasil mencipta jaringan kemenangan di minit ke-80.

Sekali lagi JDT menghancurkan impian mereka dalam pertembungan kedua, di penghujung aksi. Tetapi kali ini, giliran Park Yong-woo menjadi duri dalam daging buat Ulsan Hyundai. Beliau tersepak bola ke gawang sendiri.

Ia memadamkan terus kecemerlangannya sebelum ini, malah jaringan penyamaan yang dilakukan oleh pemain yang digantikannya, Jun Amano. Beliau dimasukkan pada minit ke-55 dalam usaha mereka untuk memburu lebih banyak jaringan gol dan jaringan kemenangan ke atas JDT yang amat cemerlang mendominasi aksi.

Pemenang perlawanan ‘winner takes all’ ini akan mara terus ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.

Ia merupakan kemenangan ke-4 JDT dalam aksi kumpulan yang membolehkan mereka menjuarai Kumpulan I seterusnya mara ke pusingan kalah mati. Jelas JDT lebih berbahaya apabila mencipta 20 percubaan ke gawang Jo Hyeon-woo berbanding lawan yang hanya melakar separuh daripada itu iaitu dengan 10 percubaan sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN