Newcastle United Hampir Kuburkan Harapan Liverpool Menjuarai Saingan EPL

Newcastle United hampir saja menguburkan harapan Liverpool untuk menjuarai saingan Premier League musim ini, selepas kejayaan mereka memberi tentangan hebat dalam pertembungan antara kedua-dua pasukan di St James Park sebentar tadi.

Liverpool berjaya menewaskan Newcastle dengan keputusan 1-0 untuk mereka mendahului carta saingan liga pada ketika ini dengan kelebihan dua mata mengatasi Manchester City.

Kedudukan itu bakal berubah andai skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya menewaskan Leeds United awal pagi nanti.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1520377257113665536?t=4fbxDVx_4KKjvdn4m9ikmw&s=19

The Reds walau bagaimanapun terpaksa berjuang berhabis-habisan dalam perlawanan ini dengan Newcastle United juga turut hampir membuatkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu berputih mata.

Mereka beberapa kali berpeluang merobek gawang gol Liverpool dan hampir saja menggagalkan usaha pasukan pelawat untuk mengutip tiga mata penting dari perlawanan ini.

Mujur saja Newcastle gagal untuk memperoleh sebarang gol dalam perlawanan ini seterusnya membenarkan gol jaringan Naby Keita memberi Liverpool tiga mata penting.

Newcastle United 0-1 Liverpool

Liverpool memulakan permainan dengan aksi serangan tanpa henti menguji gawang gol Newcastle namun tiada percubaan merbahaya yang berjaya dihasilkan.

Newcastle sesekali turut berjaya melancarkan serangan namun kebanyakan usaha mereka digagalkan oleh barisan pertahanan Liverpool.

15 minit pertama skuad Liverpool sepertinya masih gagal menemui rentak permainan terbaik mereka dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu kerap melakukan kesilapan ketika membuat hantaran.

Newcastle walau mereka bermain dengan corak permainan terbuka, mereka sepertinya berjaya menghuru-harakan barisan pertahanan Liverpool.

Pada minit ke-19 permainan, Liverpool berjaya membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Naby Keita.

Keita bermain hantaran satu dua bersama Diogo Jota dengan beliau kemudiannya membawa bola masuk ke dalam kawasan 6 ela lalu memperdaya penjaga gol lawan sebelum melepaskan rembatan menerjah jaring gawang gol Newcastle.

Gol yang cukup cantik dari Naby Keita dengan beliau dilihat cukup tenang memperdaya Martin Dubravka sebelum melepaskan rembatan untuk gol pembukaan The Reds.

Liverpool kemudiannya terus menerus mengasak kubu Newcastle namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan oleh mereka.

Aksi babak pertama berakhir dengan Liverpool mendahului Newcastle United dengan keputusan 1-0 dan jelas sekali kedua-dua pasukan tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Newcastle hampir kuburkan harapan Liverpool menjuarai saingan EPL

Masuk aksi babak kedua, Newcastle telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan mereka dilihat kerap mendominasi permainan.

Anak-anak buah Eddie Howe itu berkali-kali memiliki kesempatan untuk meledak gol penyamaan namun sayangnya usaha jentera serangan mereka berakhir dengan kegagalan.

Liverpool dilihat sangat bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka pada aksi babak kedua dengan mereka dilihat kerap berdepan serangan pantas dari barisan pemain Newcastle.

Mujur saja mereka mampu bertahan dengan baik, seterusnya mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1-0 untuk memimpin carta saingan Premier League.

Kemenangan ini secara tak langsung menghidupkan kesempatan untuk Liverpool terus memburu gelaran liga dengan mereka masih berharap agar Man City keciciran mata.

Harus diakui, yang Newcastle United sememangnya beraksi dengan sangat cemerlang pada aksi babak kedua dengan mereka hampir saja menguburkan harapan Liverpool untuk memenangi gelaran quadruple musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN