Bakal Bentuk Dimensi Serangan Lebih Efektif, Melaka Mahu Tanam Mentaliti Kemenangan Atasi Kedah

Setelah cemerlang sebelum itu mengatasi Sri Pahang untuk mencatat kemenangan sulung musim ini buat Melaka United, kini pasukan tersebut dalam motivasi terbaik untuk membenam cabaran Kedah pula pada 6 Mei depan di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Melaka United antara pasukan yang agak bermasalah hendak mengekalkan konsistensi sejak awal musim ini apabila merekodkan tiga kekalahan selain satu seri dan berjaya memperoleh tiga mata pertama mereka pada perlawanan lalu untuk mengumpul empat mata keseluruhan daripada lima perlawanan.

Walaupun tampil dengan beberapa pemain ternama seperti Ifedayo Olusegun, Norshahrul Idlan Talaha, Fadhli Shas dan beberapa nama lagi, pasukan ini gagal untuk menterjemahkan aksi dengan sempurna pada permulaan Liga Malaysia (Liga-M).

Kemenangan terbaharu ini dilihat berjaya memberi gambaran terbaik buat Melaka United buat para penyokong selain meningkatkan kembali motivasi para pemain bagi menghadapi Kedah di tempat lawan.

Untuk perlawanan ini, jelas penolong jurulatih pasukan iaitu Nazrolerwan Makmor mengesahkan para pemain Melaka United bebas dari kecederaan dan bersedia untuk dibawa turun beraksi.

Dengan perkembangan positif tersebut, Melaka United pastinya bermotivasi tinggi untuk melakar kejutan buat Kedah dan memberi pilihan buat kejurulatihan bagi mengenal pasti kesebelasan terbaik untuk dibawa turun.

Selain itu, sekembalinya pemain tengah berpengaruh Melaka United iaitu Adriano Narcizo pastinya amat ditagih mereka untuk memperkuatkan jentera tengah bagi menyusun atur pasukan dalam memerangkap Kedah pada perlawanan tersebut.

“Kini pemain bebas daripada sebarang kecederaan dan semua mereka boleh bermain selepas pasukan tidak dapat menggunakan khidmat penuh pemain import dalam beberapa perlawanan termasuk ketika menewaskan Sri Pahang.

“Bagaimanapun, kami tidak sesekali memandang mudah pasukan KDA walaupun mereka tewas dengan jaringan besar ketika berdepan Sabah FC. Sebaliknya kami datang ke Alor Setar bukan untuk bertahan tetapi akan membentuk dimensi menyerang yang lebih efektif,” katanya menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, Nazrolerwan juga menekankan mentaliti untuk menang buat para pemain dan kekal bersemangat agar segalanya tidak begitu sukar bagi menewaskan Kedah di gelanggang lawan.

Untuk itu, beliau bersama ketua jurulatih baharu pasukan iaitu Asri Ninggal berganding bahu untuk membentuk barisan pemain terbaik dan boleh mengikuti pelan taktikal yang diterapkan.

Selain itu, Nazrolerwan juga mengakui menghadapi cabaran agak besar dalam membentuk kembali skuad bersama Asri setelah mereka kehilangan khidmat Risto Vidakovic yang direhatkan suatu ketika.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN