2 Penjaga Gol Liga Super Pamer Aksi Tangkas, ‘Flying Header’ & Lipat Gulung Di Minggu Ke-3

2 penjaga gol tangkas Sharbinee Allawee Mamadou Samassa SU Sri Pahang

Minggu ke-3 Liga Super 2022 telah berlalu dan pada esok malam, minggu ke-4 pula akan mengambil tempat dengan aksi minggu lalu, penampilan dua penjaga gol berjaya mencuri tumpuan dengan aksi tangkas mereka.

Selalunya sama ada penjaring gol atau penyerang akan menjadi tumpuan dengan persembahan mereka, namun tiba-tiba penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee dan Sri Pahang, Mamadou Samassa telah ‘menyerlah’.

Bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee yang kini merupakan penjaga gol utama Sarawak United berjaya mempamerkan prestasi yang baik walaupun terikat dengan keputusan seri 1-1 menentang Penang FC.

Bukan tugas mudah buat penjaga gol berusia 35 tahun itu apabila Penang turun dengan kekuatan penuh buat pertama kali dengan kehadiran semula penjaring utama musim lalu, Casagrande dan arkitek mereka, Endrick dos Santos. Kerap kali beliau diuji dengan asakan pemain lawan, namun Sharbinee Allawee tangkas di gawang.

Beliau akhirnya ditewaskan oleh tandukan ’emas’ Casagrande – yang sentiasa berjaya menewaskan penjaga gol lawan, pada minit ke-73. Sebelum itu, beliau berjaya menyelamatkan situasi yang hampir sama yang dicipta Harimau Kumbang. Beberapa kali beliau tampil cemerlang menafikan peluang pasukan pelawat malam itu.

Salah satu yang menarik perhatian adalah apabila beliau melakukan aksi ‘flying header’ untuk menafikan satu serangan balas pantas yang cuba dibina pelawat di minit ke-5 perlawanan yang mana jika beliau tidak tampil ke depan, Penang berpeluang untuk melakukan sesuatu daripada peluang awal yang berjaya dijana mereka itu.

Ia berlaku apabila Faizat Ghazli berseorangan mengejar lambungan bola oleh Casagrande ke kawasan depan gol mereka tanpa disaingi mana-mana pemain pertahanan yang memaksa Sharbinee Allawee tampil ke depan.

Sementara itu, penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa pula semenjak awal telah menarik perhatian ramai dengan ketinggiannya iaitu 197cm. Ini kali pertama para pengikut Liga Malaysia dapat melihatnya selepas Tok Gajah turun buat kali pertama pada saingan Liga Super musim ini. Sebelum ini, aksi mereka telah ditangguhkan.

Tak mudah untuk Kedah Darul Aman FC untuk melakar jaringan dan kemenangan apabila beliau telah menjadi benteng kebal pasukannya. Beberapa peluang Kedah berjaya dinafikannya untuk memaksa Kedah bergelut.

Beliau ditewaskan oleh bek tengah Sang Kenari, Rodney Celvin pada minit ke-54, bermula daripada sepakan penjuru yang akhirnya disudahi dengan sentuhan mudah pemain itu di depan gawang Mamadou Samassa. Tandukkan Syafiq Ahmad sebelum itu telah berjaya dinafikan oleh penjaga gol skuad kebangsaan Mali itu.

Di penghujung aksi, Mamadou Samassa telah melakukan seakan-akan ‘power play’ di mana beliau tinggalkan gawangnya ketika sepakan penjuru dan hampir meledak jaringan penyamaan dengan satu aksi sepakan gulung. Namun, ia gagal membuahkan hasil, malah hampir memakan dirinya menerusi serangan balas oleh lawan.

Untuk aksi minggu ke-4, Sarawak United bakal berdepan Sabah FC di halaman sendiri, sementara Sri Pahang pula akan melayan kunjungan pasukan yang membuat kejutan menang ke atas Terengganu FC iaitu PJ City FC. Satu lagi aksi menarik akan dilalui dengan semua mata akan tertumpu kepada kedua-dua penjaga gol itu.

Adakah akan ada lagi aksi tangkas daripada kedua-dua penjaga gol ini atau giliran penjaga gol lain pula untuk menampilkan persembahan menarik di gawang mereka? Sama-sama kita nantikan perlawanan minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN