“Kita Layak Untuk Menang” – P. Maniam Mahu PJ City Beri Perhatian Buat Sri Pahang

Setelah Petaling Jaya City berjaya mencipta kejutan baru-baru ini menewaskan Terengganu, kini mereka mahu menyasarkan kemenangan ketiga pula dalam saingan Liga Super untuk mengatasi Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Jelas pemain tonggak mereka, Darren Lok bakal sekali lagi dipertaruhkan oleh ketua pengendali PJ City, P. Maniam untuk terus merobek gawang lawan selain kombinasi bersama S. Kumahraan dan Mahali Jasuli yang makin mempamerkan aksi mantap di bahagian serangan.

Menurut Maniam, kombinasi tiga serangkai tersebut berjaya membuahkan hasil musim ini setelah berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan termasuk Terengganu dalam aksi baru-baru ini walaupun hanya dibarisi pemain tempatan.

Untuk perlawanan malam ini, nyata Sri Pahang menjadi sasaran seterusnya buat skuad ini untuk memberi perhatian sepenuhnya setelah melihat aksi anak buah Christophe Gamel itu hampir member kejutan buat pasukan pilihan, Kedah Darul Aman baru ini di Alor Star sekali gus memberi amaran sebagai salah satu kelab pencabar musim 2022.

“Kemenangan 3-0 menentang Terengganu baru-baru ini meniup semangat pemain untuk terus mencipta keputusan positif pada perlawanan akan datang.

“Terus terang sememangnya saya agak terkejut sebab berjaya mencipta kemenangan menentang Terengganu sekali gus menunjukkan PJ City berada di landasan yang tepat.

“Semestinya semua pemain terutamanya pertahanan bermain dengan bagus sebagai satu unit dan itulah sebabnya kita tidak dibolosi, jadi saya berbangga dengan pemain yang memberikan 200 peratus semasa bermain untuk bertahan.

“Kita layak untuk menang dan Terengganu tidak boleh bermain permainan mereka sebab kita bagi tekanan terutamanya daripada tiga penyerang iaitu Darren, Mahali Kumaahran serta dua pemain tengah juga bekerja keras, jadi inilah sebabnya kita mampu menang,” katanya menerusi Harian Metro.

PJ City pada awal musim ini boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan yang serba lengkap di segenap posisi walaupun hanya dibarisi pemain tempatan.

Kejayaan skuad ini mengekalkan R. Kogileswaran serta menandatangani pemain lincah, S. Kumahraan menyatakan anak buah Maniam bersedia untuk mempelbagaikan variasi serangan selain khidmat pemain senior seperti Mahali Jasuli dan Khyril Muhymeen.

Paling mencuri tumpuan pastinya buat penyerang utama mereka, Darren Lok yang boleh disifatkan berada dalam prestasi terbaik untuk terus mempamerkan belang beliau selaku salah seorang penyerang tempatan yang bagus.

Tugas berat pastinya menanti pemain ini apabila pasukan lawan juga berada dalam momentum terbaik meski pun tewas kepada pasukan Kedah. Tumpuan sepenuhnya bakal diberikan buat Darren Lok dan Mamadou Samassa untuk melihat siapa lebih unggul selaku penyerang atau penjaga gol dalam perlawanan tersebut.

Selain pertemuan antara PJ City menentang Sri Pahang, dua lagi saingan Liga Super bakal berlangsung malam esok adalah membabitkan Penang bertemu Negeri Sembilan manakala KL City akan berentap bersama Melaka United.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN