Namanya mungkin tidak sehebat barisan penyanyi terkenal tanah air, namun ia bukanah penghalang untuk DJ Ed menampilkan bakatnya menerusi karya-karya ‘indie’ ciptaannya sendiri.
Bermula dengan kerjaya sampingan menjadi deejay di majlis-majlis kenduri, penyanyi berusia 54 tahun ini menjadikan loghat kedah sebagai tarikan utama serta menekankan unsur-unsur nasihat dan pedoman dalam setiap bait-bait lirik yang dihasilkan.
Jika dahulu beliau sekadar mengolah lagu-lagu Hindustan terutamanya lagu dari filem-filem lakonan Shah Rukh Khan, DJ Ed mula mengorak langkah dengan mencipta lagu-lagu sendiri.
Salah satu ‘master piece‘ penyanyi berasal dari Kedah ini adalah lagu Sambut Puasa Sambut Raya yang sentiasa menjadi pilihan pendengar setiap kali tiba bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu.
Meskipun karya tersebut mungkin sukar untuk didendangkan di corong-corong radio arus perdana, namun ia mendapat sambutan hangat di media sosial kerana kandungan lagu tersebut sarat dengan mesej yang menekankan kesederhaan serta gaya hidup sihat bagi umat Islam sepanjang 30 hari berpuasa.
Setakat ini, klip video lagu tersebut telah pun mendapat lebih 700 ribu tontonan di YouTube.
Bila masuk bulan posa
Jangan kalut nak raya
Posa buat cara posa
Raya nanti kan tibaIbadat kena pikiaq
Hati kena sabaq
Walau perut lapaq
Jangan buat loqlaqBeli apa makan apa
Kiri kanan rasa semua nak terpa
Martabak, cucuq badak
Makan polok sampai tersedak sedakSana sini tengok geram
Perut pulak meragam
Depa juai macam-macam,
Borong sampai lebamMasa berbuka
Nak pilih yang mana
Makan sikit saja
Kenyang tak sanggaMembaziaq takmau pikiaq
Boros sakan orang larang tak dengaq
Badan letih makan lebih
Duduk sandaq orang lalu tak kelih
Enam rangkap pertama ini pada awalnya mengandungi nasihat bahawa hakikat berlapar dan dahaga itu sebenarnya mengandungi hikmah seperti melatih sifat sabar bagi mencapai darjat taqwa seorang hama.
Rangkap seterusnya menceritakan tentang sikap segelintir rakyat Malaysia yang berbelanja ‘sakan’ membeli juadah berbuka puasa terutamanya apabila berkunjung ke bazar Ramadan kerana ‘rambang mata’ melihat pelbagai juadah yang dijual.
Akhirnya apabila tiba waktu berbuka, badan kita hanya mampu menerima sebahagian sahaja daripada lambakan makanan yang dibeli. Sedangkan puasa itu sebenarnya mendidik manusia untuk mengawal hawa nafsu dan memahami kesukaran hidup.
Bagi yang makan secara berlebihan pula, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi, obesiti masalah jantung dan lain-lain lagi. Sedangkan berdasarkan kajian, puasa yang baik boleh menjamin jangka hayat dan kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta meningkatkan fungsi otak.
Dok kira pulak hari
Nak sambut Aidilfitri
Baju tak beli lagi
Untuk anak dan biniPasang lampu lip lap
Tapi Nampak malap
Kiri kanan gelap
Tentu ada yang silapKetupat jangan lambat
Takdan buat yang juai boleh dapat
Ayaq sarbat boleh buat
Lapaq ayaq takdaklah jadi loghatPosa atau raya
Jangan baziaq belanja
Kena beringat sama
Beli yang patut sajaSelamat hari raya
Pada hampa semua
Ampun maaf dipinta
Kecik besaq tua mudaSambut raya malam raya
Main mercun nanti jadi kes naya
Ada lagi tak dan tulis
Pala penin tak dan pikiaq sampai habis
Enam rangkap terakhir pula mengandungi nasihat yang lebih santai. Menjelang hari raya, setiap keluarga akan membuat pelbagai persiapan seperti membeli pakaian baharu, memperkemas hiasan rumah, juadah raya dan sebagainya.
Namun lagu ini mengingatkan agar ukur baju di badan sendiri, iaitu berbelanja mengikut kemampuan seperti mana yang disarankan oleh agama iaitu bersederhana.
Terdapat banyak lagi karya DJ Ed bersifat seloka dan jenaka menjadi siulan orang ramai. Antaranya Memori Daun Ketum, Chokoroi, Tokwan Sayang Cucu, Pekan Danok dan banyak lagi.
Saksikan klip video penuh Lagu Puasa Raya di sini:
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!