Liga Super: Dua Gol Awal Selangor Masih Gagal Bawa Pulang Tiga Mata Pertama di Paroi

Dua penalti dan satu layangan kad merah antara drama yang berlaku di Paroi sebentar tadi dalam aksi yang sangat sengit buat Negeri Sembilan dan Selangor untuk memburu kemenangan pertama masing-masing dalam aksi saingan Liga Super musim 2022.

Selangor terpaksa berpuas hati bersama Negeri Sembilan dalam aksi ketiga Liga Super musim ini apabila kedua pasukan sekadar terikat seri dalam cabaran di stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan keputusan 1-2 untuk masing-masing membawa pulang satu mata.

Seawal tiga minit permainan menyaksikan pemain pelawat, Fazly Mazlan dilayangkan kad kuning setelah mengangkat kaki terlalu tinggi dalam situasi perebutan bola bersama Namathevan dalam aksi yang agak seimbang buat kedua pasukan setakat ini.

10 minit permainan berlangsung, nyata kedua pasukan seimbang dalam menjana gerakan dan berbalas serangan, namun tiada serangan yang betul-betul berbahaya terhasil setakat ini untuk menguji kedua penjaga gol.

Hasil hantaran cantik daripada Mukhairi Ajmal, Selangor hampir memperoleh gol pertama mereka namun bola rembatan Shahrel Fikri dari sebelah kiri lawan sedikit tersasar pada minit ke-17.

Safuwan Baharudin berjaya melepaskan rembatan kaki kiri dari luar petak penalti namun bola sepakan beliau terus tepat ke dalam dakapan Syihan pada minit ke-21.

Kad merah pertama dilayangkan pada perlawanan ini kepada pemain Selangor menerusi Yazan Al-Arab pada minit ke-23 setelah tindakan pertahanan itu menjadi pemain terakhir yang menghalang gerakan Matheus Alves dengan agak kasar di luar petak penalti untuk memberi kelebihan buat tuan rumah, Negeri Sembilan.

Nasrullah Haniff membuat kesilapan apabila secara tidak sengaja tertampan bola ke gawang gol sendiri pada minit ke-35 dalam situasi yang tidak disangka oleh penjaga gol, Syihan Hazmi untuk menyelamatkan keadaan dan menjadikan kedudukan semasa Selangor di hadapan dengan 1 gol pada separuh masa pertama.

Shahrel Fikri melepaskan peluang yang terbuka pada minit ke-44 setelah menerima umpanan terbaik daripada Herlison dari sebelah kanan lawan. Namun rembatan pemain tersebut sedikit terbias kepada pertahanan lawan untuk sekadar memberi sepakan sudut.

Seawal separuh masa kedua, Selangor mendapat sepakan penalti setelah Herold Goulon mengasai Shahrel Fikri yang lincah mencari peluang melepaskan rembatan gol pada minit ke-47.

Herlison Caion tidak mengalami sebarang masalah untuk menyempurnakan penalti itu dan berjaya meletakkan Selangor terus selesa dengan dua gol di hadapan pada minit ke-49 di tempat lawan.

Hyuri hampir menambah gol ketiga pelawat menerusi sepakan deras dari sebelah kiri lawan menerusi gerakan solo. Namun kali ini Syihan lebih pantas menepis bola tersebut dan menenangkan keadaan pada minit ke-51.

Perlawanan terus menjadi rancak apabila kali ini tuan rumah pula diberi sepakan penalti setelah Sharul Nazeem menjatuhkan pemain gantian, Adetu Kossi dalam kotak penalti pada minit ke-55.

Herold Goulon kembali menjadi wira buat pasukan apabila kembali merapatkan jurang gol setelah pertahanan tinggi lampai ini mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57 untuk menewaskan Khairulazhan yang gagal menyelamatkan bola tersebut.

Negeri Sembilan kembali menyamakan kedudukan menerusi Kossi Adetu untuk memberi impak buat pasukan dengan gol berjaya diledak beliau pada minit ke-76 dalam situasi kelam kabut hadapan gol bagi menewaskan Khairulazhan buat kali kedua.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk kedua pasukan saling berpuas hati membawa pulang satu mata walaupun kedua pasukan ada beberapa peluang untuk masing-masing menambah jaringan gol.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Kesebelasan Utama Negeri Sembilan

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga Gol)

Nasrullah Haniff Johan

Herold Mark Goulon

Ahmad Khuzaimi Piee

Namathevan Arunasalam

Khair Muhammad Jefri Jones

Saiful Ridzuwan Selamat

Mohamad Izzudin Mohd Roslan

Omid David Nazari

Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (Kapten)

Matheus Alves Leandro

Kesebelasan Utama Selangor

Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Penjaga Gol)

Quentin Cheng Jiun Ho

Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

Herlison Caion De Souza Ferreira

Hyuri Henrique De Oliveira Costa

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi

Muhammad Safuwan Baharudin (Kapten)

Muhamad Fazly Mazlan

Alexander Agyarkwa Ameyaw

Sharul Nazeem Zulpakar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN