UCL: Hatrik Benzema Pastikan PSG Kecundang Lagi Di Tengah Jalan

Karim Benzema muncul wira Real Madrid selepas kejayaan beliau catat hat-trick bantu Los Blancos untuk menewaskan PSG 3-1 dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

Real Madrid melayan kunjungan anak-anak buah Mauricio Pochettino ke Santiago Bernabeu untuk aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Paris Saint Germain membawa bekalan satu gol ke halaman lawan selepas mereka berjaya menewaskan Real Madrid 1-0 ketika aksi leg pertama di Parc des Princes sebelum ini.

Pada minit ke-39 dalam perlawanan ini, Kylian Mbappe yang sebelum ini menjaringkan gol kemenangan untuk PSG di Parc des Princes sekali lagi meledak gol pendahuluan untuk pasukan pelawat.

Beliau menerima umpanan cantik dari Neymar lalu membawa bola masuk ke kotak penalti Real Madrid sebelum melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Thibaut Courtois.

Pada minit ke-61 permainan, hasil kesilapan dari Gianluigi Donnarumma, Real Madrid berjaya menyamakan kedudukan menerusi Karim Benzema.

Bintang Perancis itu mengasak Donnarumma di dalam kotak penalti PSG dengan penjaga gol Itali itu kemudiannya mengeluarkan bola lemah ke dalam kawasan sendiri sahaja.

Vinicius Jr berjaya memenangi bola tersebut dan melorongkannya ke arah Karim Benzema yang sudah berada berseorangan diri di kawasan tengah dalam kotak penalti.

Dek kerana tiada tekanan dan tidak dikawal, Benzema cemerlang menolak bola hantaran dari Vinicius Jr itu untuk memadam gol pendahuluan Kylian Mbappe.

Minit ke-76 permainan, Karim Benzema meledak gol kedua peribadinya seterusnya membantu Real Madrid untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.

Luka Modric membawa bola dari kawasan sendiri dan menghantar bola tersebut tepat ke arah Vinicius Jr yang kemudiannya bijak mengawal bola di kawasan PSG.

Vinicius kemudiannya menghantar semula bola ke arah Modric, yang kemudiannya bijak melorongkan bola mencari Benzema di dalam kotak penalti.

Karim Benzema tidak mensia-siakan peluang keemasan itu dengan percubaan beliau berjaya untuk menewaskan Donnarumma buat kali kedua.

Satu minit sahaja selepas itu gawang PSG sekali lagi dibolosi oleh Real Madrid dengan Karim Benzema cemerlang memanfaatkan kesilapan dari pertahanan lawan untuk menghukum pasukan pelawat.

Hasil serangan yang dilancarkan oleh Vinicius Jr, bola tertampan kaki pertahanan PSG sebelum singgah ke kaki Benzema.

Karim Benzema kemudiannya terus melepaskan rembatan ke gawang lawan dan bola rembatan beliau gagal diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, seterusnya mengesahkan kemenangan selesa 3-1 Real Madrid menewaskan Paris Saint Germain.

Los Blancos berjaya layak ke peringkat suku akhir, selepas menewaskan PSG 3-2 secara aggregate, seterusnya meranapkan impian gergasi Ligue 1 itu untuk menjuarai gelaran Champions League pertama mereka.

Walau sudah membariskan barisan pemain terhebat dunia, namun Paris Saint Germain masih gagal untuk membawa pulang Piala terbesar di benua Eropah itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN