Dennis Buschening Tutup Mulut Pengkritik, Kedah Konsisten Raih Kemenangan Kedua

Kedah Darul Aman berjaya meneruskan konsistensi mereka pada musim ini dalam saingan Liga Super musim 2022 dengan melakar kemenangan kedua setelah menumpaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur City di Stadium Darulaman semalam.

Dalam aksi tersebut menyaksikan lima gol terhasil di Alor Star dengan keputusan memihak tuan rumah iaitu 3-2 untuk memastikan Kedah terus selesa di tangga kedua dengan 6 mata maksima dikumpul untuk mengekori rapat Johor Darul Takzim yang berada pada kedudukan pertama liga.

Lebih menarik, Dennis Buschening berjaya meledak gol pertama beliau musim ini bersama Kedah untuk menutup mulut beberapa pengkritik yang mempertikai akan kredibiliti pemain import dari Thailand sebelum itu.

Dalam aksi semalam, permainan menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu menguasai permainan dengan percubaan pertama dilepaskan oleh pemain baharu tuan rumah, Al-Hafiz Harun pada minit ke-6 yang berjaya melepaskan rembatan dari luar kotak penalti sebelum ditangkap oleh penjaga gol lawan, Kevin Ray Mendoza.

Tidak lama selepas itu, pasukan pelawat terus diasak dengan beberapa percubaan berjaya dibuat menerusi dua penyerang Kedah iaitu Ronald Ngah Wanja dan Syafiq Ahmad pada minit ke-19 dan 21, namun masih gagal menemui gol pertama yang dicari.

Saat Kedah asyik mencari peluang bagi mencetak gol, KL City hadir mencipta kejutan pada minit ke-29 apabila serangan pantas mereka berjaya menghasilkan gol menerusi pemain tonggak, Zhafri Yahya melalui rembatan deras dari dalam petak penalti untuk menewaskan Shahril Shaari.

Enggan berputus asa, Kedah kembali menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-32 setelah menerima umpanan cantik daripada Al-Hafiz untuk kembali melegakan Aidil Sharin.

Fayadh terus menggamatkan suasana di Stadium Darulaman pada aksi separuh masa menerusi gol kedua Kedah setelah pemain gantian itu berhasil mencipta jaringan hasil umpanan cantik daripada Al-Hafiz di tengah padang.

Pemain pinjaman Kedah, Syafiq terus menjadi ‘duri dalam daging’ buat pelawat apabila berjaya mencipta satu umpanan cantik dari sebelah kiri sebelum disempurnakan oleh Dennis Buschening pada minit ke-68.

Enggan mengalah, KL City berhasil memperoleh gol kedua mereka pada minit ke-87 menerusi import baharu mereka iaitu Kevin Koubemba sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu pastinya memberi kelegaan buat pengendali Kedah, Aidil Sharin setelah mengharungi perlawanan yang sangat sengit di laman sendiri.

Buat Dennis, gol jaringan beliau pastinya memberi motivasi yang tinggi buat pemain ini sekali gus menutup mulut para pengkritik yang mempertikaikan aksi beliau sebelum itu yang dilihat tidak cukup memberi impak bersama pasukan.

Kredit: Media Kedah Darul Aman FC

Pemain ini antara yang dikritik oleh sesetengah para penyokong pada awal pra-musim kerana rekod beliau sebelum ditandatangani Kedah agak kurang memberansangkan.

Dengan gol pertama beliau bersama skuad musim ini, Dennis pastinya akan terus menjadi pilihan jurulatih bagi perlawanan seterusnya bagi terus meledak gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN