Angkara Termakan ‘Umpan’ Mora, Permainan ‘Open Play’ Sarawak United Undang Padah

Carli de Murga JDT Sarawak United umpan mora mengena

‘Ukur baju di badan sendiri’ – mungkin perumpamaan sesuai menggambarkan kekalahan besar 0-6 Sarawak United kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mereka termakan ‘umpan’ pengendali, Benjamin Mora.

Sebelum pertemuan kedua-dua pasukan, Benjamin Mora berkata yang beliau berharap agar lawannya selepas ini – Sarawak United tidak melakukan seperti mana yang Penang FC lakukan dalam aksi pertama tempohari.

Utusan Malaysia Benjamin Mora open play
Petikan berita di Utusan Malaysia

Ia bukan malam yang mudah buat juara Sumbangsih 2022 itu apabila lawan turun dengan formasi 5-4-1 dan pendekatan ‘ultra defensive’ yang menyaksikan tuan rumah bergelut untuk meledak jaringan. Selepas lebih sejam mencuba, akhirnya Bergson berjaya juga memecah kebuntuan hasil hantaran lambung Arif Aiman.

Selain pendekatan bertahan, ketangkasan penjaga gol Harimau Kumbang, Khatul Anuar juga menyukarkan JDT. Deretan percubaan daripada pemain-pemain bintang Harimau Selatan telah berjaya dinafikannya sejak awal.

Disebabkan ketiadaan Endrick dos Santos dan Casagrande, malah dibarisi majoriti pemain baharu yang masih belum ‘ngam’, ini adalah pendekatan selamat Tomas Trucha dalam usaha untuk membawa pulang satu mata.

Selagi Tiada ‘Bukti’ Main 46 Minit Sahaja, 8 ‘Key Saves’ Khatul Anuar Masih Jadi Kunci Kekuatan Penang

“Pihak lawan lebih mengutamakan untuk mengecewakan JDT [daripada menang] berbanding memberikan aksi terbaik mereka. Ini yang kami risau akan dilakukan setiap pasukan ketika beraksi di sini.

“Tentunya kami berharap mereka [Sarawak United] turut bermain dengan cara yang sama [terbuka] dan tidak hanya bertahan, barulah dapat menjanjikan aksi terbaik untuk disajikan kepada peningkatan.”

Benjamin Mora dalam sidang media sejurus berdepan Penang

Akibatnya, Sarawak United kini berada di tangga tercorot dengn defisit tujuh gol. Mereka dibolosi enam gol dalam aksi yang lebih memihak kepada JDT. Jelas, seharusnya, Sarawak United tidak termakan umpan Mora.

Bermain secara terbuka atau ‘open play’ berdepan juara lapan kali Liga Super seolah-olah ‘meminta’ diri untuk dibelasah dengan teruk. Kualiti permainan JDT sudah jauh ke depan dan bukanlah lawan harus terlalu defensif.

Pelbagai taktikal ada dalam bola sepak bukan hanya mengikut kemahuan lawan yang jelas mahu memasang perangkap, tambahan pula di laman sendiri. Bonus besar buat mereka apabila berhasil meledak enam gol.

Gol-gol JDT disumbang oleh masing-masing dua gol oleh Fernando Forestieri dan Bergson da Silva, selain satu gol daripada Safawi Rasid dan Carli de Murga. Ini mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan di takhta liga dengan enam mata maksimum, diikuti rapat Kedah Darul Aman FC yang turut mencatatkan kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN