“Diterbangkan Dari Turki” – Penang FC Akhirnya Tampil Dengan ‘Sneak Peek’ Jersi 2022

Jersi Penang FC 2022 sneak peek dari Turki

Sejurus artikel Semuanya BOLA tentang persoalan jersi baharu diterbitkan, akhirnya Penang FC tampil dengan ‘sneak peek’ jersi baharu musim 2022 yang dikhabarkan diterbangkan dari Turki dengan ciri-ciri khas.

Menurut posting di laman Facebook rasmi pasukan, jersi tersebut memiliki ciri-ciri khas dengan agenda bagi menentang pembuat jersi palsu atau ciplak. Atas dasar ‘protect your team’, apa yang dijelaskan ia ‘sengaja’ dilewatkan agar pembuat jersi palsu atau ciplak tidak dapat mencetak dan memasarkan jersi lebih awal.

Namun, tidakkah ia terlalu lewat sehingga pelancaran jersi dipecahkan kepada dua sesi, untuk jersi ‘away’ dan ‘home’? Jersi ‘away’ akan terlebih dahulu dilancarkan pada 3 Mac, sehari sebelum mereka menentang juara Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan jersi ‘home’ pula sehari sebelum aksi kedua di Stadium Bandaraya.

‘Nak Ikut Cara Brentford Ka?’ – Adakah Penang Akan ‘Rolling’, Guna Jersi Musim Lepas?

“Jersi warna kuning terus menjadi pilihan warna kesinambungan untuk jersi perlawanan di tempat lawan dengan ciri-ciri unik bagi meraikan lagenda yang terbilang. Nantikan 3 Mac ini untuk pengumuman “Away” jersi yang akan dibuat oleh Pengerusi Penang FC. Apa-apa pun, dari Turki diterbangkan kemari dengan ciri-ciri khas demi negeri Pulau Pinang yang bakal dilancarkan sempena perlawanan pertama di bumi Pulau Mutiara pada 7 Mac 2022 nanti.”

Penang FC

Berdasarkan ‘sneak peek’ Penang FC jersi ‘home’ dilihat campuran warna biru gelap, biru muda dan kuning.

Apa yang diharapkan oleh penyokong Harimau Kumbang? Jelas mereka lega dengan pengumuman tersebut.

Namun, satu perkara yang menjadi kebimbangan mereka adalah, adakah jersi yang diterbangkan dari Turki itu termasuk dengan untuk dijual kepada para penyokong? Atau sekali lagi mereka perlu membuat pra-tempahan di Active Sports dengan menulis nama dan saiz jersi di dalam buku seperti pengalaman yang dilalui musim lalu.

Penyokong Harimau Kumbang sehingga perlawanan ke-10 Liga Super 2021, masih belum dapat membeli jersi baharu mereka. Persembahan pasukan sangat baik, berada di kedudukan ketiga, tetapi jersi belum dijual.

Malah, saat jersi mula dijual, penyokong bertambah kecewa apabila pihak Active Sports buat ‘loqlaq’. Mereka yang telah beratur awal di depan kedai di bangunan Komtar kemudian terpaksa membuat pra-tempahan dengan perlu menulis nama dan saiz baju pada buku yang telah disediakan. Jersi perlu diambil kemudian.

Selain itu, jersi yang dijual dengan harga RM149 sehelai ketika itu hanya ada logo Penang FC. Penyokong perlu membayar caj tambahan jika mahu meletakkan logo “Penang 2030” dan aksesori tambahan lain di jersi.

Itu kisah musim lalu yang penuh duka buat penyokong. Dan adakah mereka akan melaluinya lagi kali ini?

Persoalan tentang ini mesti dijawab oleh Active Sports dan penyokong mahukan jersi mereka lebih awal!

Mereka tidak kisah dari Turki atau Eropah sekalipun, janji mereka dapat menyarung jersi Penang FC sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN