JDT menepati ramalan ramai pemerhati bola sepak negara apabila menjuarai Piala Sumbangsih 2022 di Stadium Sultan Ismail setelah menewaskan Kuala Lumpur City dengan keputusan 3-0
Seawal permainan menyaksikan JDT terlebih dahulu cuba mencipta gerakan dengan penguasaan bola yang berterusan dan memaksa para pemain KL City lebih banyak bertahan.
Minit ke-3 Natxo Insa terlebih dahulu membuat satu percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti namun bola sekadar melewati palang gol untuk tidak memberi masalah buat penjaga gol lawan, Kevin Ray Mendoza.
Leandro Velazquez hampir mengejutkan KL City pada minit ke-6 apabila pemain tengah itu berjaya melepaskan rembatan deras dari luar petak penalti sebelum sedikit sahaja tersasar di sebelah kiri gawang gol.
Selang seminit kemudian, pemain import baharu JDT iaitu Fernando Foriesteri berjaya melepaskan rembatan pula untuk terus memberi tekanan kepada pertahanan KL City dari sebelah kiri sebelum tersasar keluar dan memberi kelegaan buat Kevin di gawang gol.
10 minit permainan berlangsung menyaksikan KL City amat sukar untuk mencipta sebarang gerakan dan lebih banyaj bertahan di kawasan sendiri. Berbanding JDT, mereka lebih dominan bertukar-tukar hantaran dan mencipta seberapa peluang yang berbahaya.
Minit ke-18, situasi cemas buat KL City setelah mereka membuat kesilapan di bahagian pertahanan apabila komunikasi pertahanan, Declan Lambert dan penjaga gol, Kevin yang gagal hampir sahaja dimanfaatkan JDT untuk merampas dan mencipta kepada peluang gol.
Hasil gerakan licik Arif Aiman dari sebelah kanan, pemain muda ini berjaya melepaskan satu hantaran tepat ke dalam petak penalti untuk disudahkan oleh Nazmi Faiz Mansor hasil satu tandukan pada minit ke-26 dan meletakkan JDT di hadapan dengan keputusan semasa 1-0.
JDT tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan menerusi pemain baharu mereka, Fernando Foriesteri pada minit ke-30 setelah pemain ini bijak memperdayakan Declan Lambert di luar petak penalti sebelum satu rembatan deras dilepaskan untuk memberi tekanan kepada Kevin yang sudah tewas sebanyak dua kali di separuh masa pertama.
Natxo Insa hampir sahaja menambah gol ketiga buat JDT setelah pertahanan lawan dilihat semakin goyah dengan pemain tengah ini berjaya melepaskan rembatan deras di sebelah kiri lawan namun sedikit tersasar pada minit ke-34.
Bergson Da Silva mempunyai peluang keemasan untuk menambah gol pada minit ke-45 setelah hanya berhadapan dengan penjaga gol KL City, namun Kevin bijak menepis bola tersebut untuk tidak merelakan gawang beliau dibolosi lagi.
Bersambung di separuh masa kedua, KL City terus memberi tekanan untuk cuba mencari gol pertama mereka namun tidak banyak yang dapat dibuat untuk memberi ancaman berbahaya buat Farizal Marlias.
Sepakan kaki kiri oleh Arif Aiman hampir menghasilkan sesuatu buat JDT apabila rembatan beliau dari dalam petak penalti sedikit sahaja tersasar pada minit ke-54
Perlawanan dilihat lebih seimbang dengan KL City mampu untuk mengimbangi sedikit permainan pada aksi separuh masa kedua ini berbanding lebih banyak bertahan ketika separuh masa pertama.
Pada minit ke-59, JDT hampir mendapat jaringan ketiga mereka setelah sepaka percuma yang diambil Forestieri sedikit sahaja tersasar keluar dari penjuru gol walaupun Kevin sudah pun tertewas sebelum itu.
Bergson berjaya menyemarakkan kembali permainan yang sedikit perlahan sebelum itu apabila berjaya melepaskan rembatan dari sebelah kanan lawan untuk mencari gol ketiga pasukan namun, sepakan beliau sekadar menyinggah tiang gol pada minit ke-67.
Hadin Azman cuba untuk menguji gawang gol JDT pada minit ke-77 dengan satu rembatan yang berjaya untuk mengelirukan penjaga gol lawan namun tersasar keluar.
Minit ke-83, pemain gantian iaitu Afiq Fazail berjaya mencipta jaringan yang menutup terus impian untuk KL City untuk cuba mencari gol pertama mereka di separuh masa kedua ini. Kevin hanya mampu melihat sahaja rembatan deras itu tanpa mampu berbuat apa-apa.
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan keputusan 3-0 memihak untuk JDT bagi menafikan cabaran lawan, Kuala Lumpur City gagal untuk mengulangi kejutan seperti final Piala Malaysia musim lalu.
Dengan kemenangan ini pastinya melegakan para penyokong Harimau Selatan yang sebelum itu dilihat agak risau dengan berita pengunduran diri penaung pasukan, Tunku Ismail Tunku Ibrahim yang akan menarik diri daripada bola sepak Malaysia sekiranya kelab milik beliau tewas dalam aksi tersebut.
Kesebelasan utama Johor Darul Takzim
Mohd Farizal Marlias (Penjaga Gol) (Kapten)
Matthew Thomas Davies
Silveira Da Silva Bergson Gustavo
Leandro Sebastian Velazquez
Lowry Shane Thomas
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Corbin Ong La Vere Lawrence
Carlos Alberto Olaivar Martinez De Murga
Ignacio Insa Bohigues
Arif Aiman Mohd Hanapi
Forestieri Fernando Martin
Kesebelasan utama Kuala Lumpur City
Kevin Ray Mendoza Hansen (Penjaga Gol)
Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri
Lambert Ryan Edward Lee Kit Seng
Zhafri Yahya
Giancarlo Gallifuoco
Koubemba Kevin Brandon, Xavier
Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng
Muhammad Akram Mahinan
Partiban Janasekaran
Kenny Palraj Davaragi
Paulo Josue Sturmer Dos Reis (Kapten)