“FAM Tak Boleh Sewenangnya Tempah Tiket Penerbangan” – Saifuddin Jelaskan Proses Dokumentasi Faktor Pan Gon Tiba Lewat

Ketika ini para penyokong bola sepak negara perlu lebih bersabar untuk menunggu pengendali baharu skuad negara, Kim Pan-gon memulakan kerja beliau melatih para pemain.

Pengendali dari Korea Selatan itu diumumkan selaku jurulatih baharu skuad Harimau Malaya bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang sudah meletak jawatan bulan lalu dan pada awalnya dijangka tiba bersama empat pembantunya awal bulan ini.

Namun disebabkan proses dokumentasi perjalanan yang masih belum diselesaikan, bekas pengendali pasukan Hong Kong itu bersama staf kejurulatihannya kemungkinan bakal tiba di Malaysia selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Februari.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“InsyaAllah (Pan Gon tiba) dalam minggu depan atau minggu lagi satu. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu selesaikan dokumentasi berkaitan untuk mohon Pas Pekerja daripada MYXpats dan beberapa perkara lain. Selepas itu baru kita boleh menempah tiket penerbangannya.

“FAM tidak boleh sewenang-wenangnya menempah tiket penerbangan, kerana jika urusan dokumentasi tidak lengkap beliau tidak boleh masuk ke negara ini,” kata Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam Harian Metro.

Jelas Mohd Saifuddin, sebaik sahaja Pan-gon dan barisan kejurulatihannya tiba di negara, mereka wajib terlebih dahulu untuk menjalani kuarantin selama lima hari sebelum diperkenalkan secara rasmi kepada umum menerusi sidang media yang bakal dilakukan.

Pan-gon yang berusia 52 tahun itu dijangka bakal tiba bersama penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan, dan juruanalisis.

Pengendali tersebut bersama barisan kejurulatihannya mempunyai tugas pertama mereka untuk memantau prestasi para pemain pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022 yang dijadual bakal berlangsung pada penghujung bulan ini, sebelum bakal mengendalikan kem latihan pusat skuad kebangsaan pada Mac.

Seterusnya, Pan-gon bersama para staf kejurulatihannya bakal membimbing skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini, dalam misi untuk menamatkan penantian lebih 40 tahun Malaysia layak secara merit ke pusingan akhir kejohanan peringkat benua tersebut.

FAM mengambil keputusan pantas untuk melantik Pan-gon setelah Cheng Hoe meletak jawatan atas kegagalan dalam saingan Piala AFF 2020 tahun lalu dan kehadiran pengendali dari Korea Selatan tersebut amat ditagih para penyokong untuk memberi perubahan positif dalam skuad kebangsaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN