Hafizul Hakim Akui Tiada Laluan Mudah Rebut Kesebelasan Utama

Walaupun pernah beraksi selaku penjaga gol utama sebelum ini, masih belum ada jaminan untuk Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mendapat laluan mudah bagi mengisi posisi tersebut bersama pasukan barunya, Penang.

Hafizul juga mengakui dirinya tidak akan mendapat laluan mudah sebaliknya akan perlu bersaing dengan pemain lain bagi merebut posisi selaku penjaga gol utama bagi pasukan diwakilinya kini.

Memandangkan Hafizul sudah mengenal lama rakan-rakan sepasukannya kini hingga ada pemain yang pernah beraksi bersama beliau di pasukan lama diwakili, maka pemain berusia 28 tahun ini tidak mempunyai sebarang masalah ketika menjalani latihan dan membentuk persefahaman yang baik.

Jelas Hafizul, pada masa ini apa yang perlu dilakukan beliau adalah untuk membuktikan ketangkasannya selaku penjaga gol sekali gus membuktikan beliau layak tersenarai dalam kesebelasan utama sebaik musim 2022’bermula.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“Saya lihat bukan mudah untuk mendapat tempat sebagai penjaga gol utama Penang FC kerana pemain lain juga hebat.

“Walaupun, sebelum ini posisi berkenaan diisi Sam Somerville sebelum berhijrah ke Selangor FC namun saya perlu bersaing dengan dua pemain muda Khatul Anuar Md Jalil dan Shafiq Afifi Suhaimi.

“Sekarang ini, terpulang kepada jurulatih untuk memilih siapa akan menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama Penang FC.

Sebagai pemain kita kena berikan yang terbaik,” katanya menerusi Harian MetroMengikut rekod, sebelum berhijrah ke Penang, Hafizul adalah penjaga gol utama Perak FC dan membuat sebanyak 96 penampilan bersama pasukan itu sejak 2016.

Setelah ketiadaan bekas penjaga gol, Sam Somerville yang cemerlang bersama Penang musim lalu. Nyata kehadiran Hafizul Hakim memberi kelegaan buat para penyokong kerana status pemain tersebut yang juga hebat ketika di kelab lama.

Setakat ini Penang dilihat telah melengkapkan rangkaian pemain tempatan mereka dengan menandatangani ramai pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan.

Pasukan ini juga dalam proses untuk mengikat beberapa pemain import baharu selain mengekalkan tonggak serangan Casagrande, dan Endrik Dos Santos.

Penang juga berjaya mengekalkan khidmat jurulatih import mereka musim lalu, Thomas Trucha untuk terus mengendali pasukan pada aksi Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN