“Sumareh Tidak Besar Kepala” – Hamidin Tepis Dakwaan Mengenai Pemain Tersebut

Sumareh Malaysia Indoensia

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh dikhabarkan tidak pernah bersikap besar kepala apabila pemain itu tidak menyertai kem kebangsaan bagi aksi Piala AFF 2020 di Singapura tahun lalu setelah ada segelintir penyokong Harimau Malaya mendakwa kelibat pemain ini sebagai tidak menghormati panggilan untuk mewakili Malaysia.

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan mengenai pemain sayap berbisa Johor Darul Takzim (JDT) tersebut mempunyai masalah peribadi yang melibatkan keluarga beliau untuk diselesaikan sehingga pemain ini tidak dapat melapor diri untuk skuad Piala AFF 2020 lalu.

Tambah Hamidin, pemain yang berasal dari Gambia itu terpaksa ditinggalkan setelah skuad kebangsaan mendapat pemain gantian, Arif Aiman untuk dibawa pergi bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau.

“Cheng Hoe maklumkan pada saya dan kami bertemu dengan Sumareh. Dalam pertemuan itu, Sumareh katakan dia perlu menandatangani sesuatu yang peribadi dengan keluarganya di Gambia.

“Dia memohon supaya boleh datang lewat sehingga ke perlawanan kedua dan saya berbincang dengan Cheng Hoe. Saya kata pada Sumareh bahawa kalau boleh, dia perlu sertai pasukan sekarang.

“Saya berbincang dengan Cheng Hoe dan dia setuju. Tetapi selepas itu Cheng Hoe katakan tidak perlu ambil Sumareh dan kita ambil Arif Aiman,” katanya kepada Berita harian.

Sebelum itu, berdasarkan laporan Badan siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya telah mendapati Sumareh telah menolak panggilan bagi menyertai skuad kebangsaan untuk aksi saingan Piala AFF 2020 sehingga beliau menjadi antara punca Malaysia kehilangan ramai pemain utama bagi temasya tersebut.

Pengerusi badan siasatan tersebut, Datuk Dell Akhbar menjelaskan sepatutnya skuad kebangsaan menghantar 30 pemain seperti yang dibenarkan badan penganjur namun perkara tersebut gagal dilaksanakan dan mengakibatkan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe longlai dan mempunyai masalah pemain yang tidak cukup sebagai pengganti.

Pada aksi saingan AFF 2020 lalu, Malaysia tampil longlai dengan aksi yang kurang menyakinkan apabila tewas dua kali dalam peringkat kumpulan sehingga tidak melayakkan diri ke pusingan separuh akhir sekali gus mengundang kemarahan para penyokong Harimau Malaya yang tidak boleh menerima keputusan tersebut.

Sehubungan itu juga, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab atas kelonglaian aksi anak-anak buahnya.

 

 

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN