Mitos ‘Fergie Time’ Dan Asal Usulnya 30 Tahun Yang Lalu

Harus diakui Manchester United pada hari ini tidak berada di dalam prestasi terbaiknya. Bermula dengan peletakkan jawatan Ole Gunnar Solskjaer sehingga tibanya pengendali interim bernama Ralf Rangnick, kelab yang pernah mendominasi sebahagian besar bola sepak Inggeris era Premier League itu seakan-akan masih tercari-cari formula terbaiknya.

Namun kemenangan tetap kemenangan, dan apa pun ‘maulana bola sepak’ mahu kata, Man Utd tetap berjaya meraih tiga mata hasil kemenangan yang sukar dalam perlawanan menentang West Ham pada malam tadi.

Sehingga pada minit ke-90 perlawanan, kedudukan tampak akan berakhir tanpa jaringan untuk satu lagi minggu mengecewakan buat Red Devils dan penyokong setianya di seluruh dunia.

Kemudian minit ke-4 masa kecederaan, tolakan mudah Marcus Rashford yang menerima bola hasil gerakan Cristiano Ronaldo – Anthony Martial – Edinson Cavani membuatkan atmosfera di Old Trafford seperti mahu runtuh.

Bagi penyokong sejak sekian lama, gol Marcus Rashford itu turut mengingatkan mereka gol-gol minit akhir yang sering dijaringkan oleh United pada era pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

Sehinggalah pada satu masa 30 tahun yang lalu, muncullah terma ‘Fergie Time’

Fergie Time

Peminat bola sepak Inggeris pasti pernah mendengar terma ‘Fergie Time’. Terma ini sinonim dengan era kegemilangan Sir Alex Ferguson bersama Manchester United.

Fergie time adalah idea oleh penyokong bola sepak Inggeris dimana sedikit masa tambahan diberikan untuk membantuk skuad Ferguson di saat genting,

Adakah ia benar-benar wujud?

Di manakah ‘Fergie Time’?

Minit terakhir perlawanan dalam bola sepak boleh menjadi satu tempoh yang menegangkan. Ia mungkin berakhir dengan cara yang tidak kita ingini, atau sebaliknya memberi keputusan melegakan.

Segelintir (kebanyakkannya bukan penyokong Manchester United) mengandaikan skuad kendalian Sir Alex sering mendapat keistimewaan tambahan masa untuk menjaringkan gol penting berkenaan jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

Maka definsi ‘Fergie Time’ yang sebenarnya adalah berasal daripada idea para penyokong yang tidak berpuas hati dengan jaringan minit akhir oleh skuad kendalian Sir Alex ketika memonopoli bola sepak Inggeris satu masa dahulu.

Sejarah Lahirnya ‘Fergie Time’ 

Sir Alex Ferguson mulai mengendalikan Manchester United pada November 1986. Namun terma ‘Fergie Time’ hanya wujud selepas 10 April 1993.

Sebelum saingan musim 1992/1993, Manchester United tidak pernah bergelar juara Liga Inggeris selama 26 tahun. Mujurlah tiada wabak seperti coronavirus pada ketika itu. Jika tidak mungkin lebih lama menunggu.

Ketika musim 1992/1993 menghampiri penghujung, tiga pasukan berpeluang untuk menjadi juara pertama Liga Perdana Inggeris – musim pertama sejak rebranding setelah mendapat suntikan lumayan hasil hak penyiaran daripada British Sky Broadcasting dan BBC.

https://twitter.com/sportbible/status/586130412587638784

Manchester United bersaing dengan Aston Villa yang dikendalikan oleh bekas pengurus United, Ron Atkinson.

Norwich City turut tampil sebagai pesaing untuk berada di puncak saingan liga yang memiliki 22 pasukan bertanding pada musim tersebut.

Dalam perlawanan menentang Sheffield Wednesday di Old Trafford, perlawanan diberikan 6 minit masa tambahan.

Perlawanan kerap diberhentikan kerana insiden-insiden ketika perlawanan termasuklah kecederaan yang menimpa pengadil perlawanan, Michael Peck.

Kecederaan Michael Peck menyebabkan tugas beliau diambil alih oleh penjaga garisan, John Hilditch.

Manchester United VS Sheffield Wednesday (10 April, 1993) 

Manchester United memulakan perlawanan sebagai pasukan di tangga kedua liga. Keyakinan untuk muncul juara pada ketika itu amat tinggi di kalangan penyokong United pada masa itu setelah ‘The Red Devils’ menewaskan Norwich 3-1 dalam saingan minggu sebelumnya.

Tetapi percaturan Sir Alex Ferguson nyata serba tidak kena dalam perlawanan tersebut. Ketinggalan 0-1 ketika perlawanan berbaki empat minit untuk tamat, kedudukan tersebut bakal memberi laluan mudah untuk Aston Villa mengukuhkan cengkaman di puncak liga jika keputusan tersebut kekal.

Bagaimanapun, dua tandukan Steve Bruce selepas itu memberi kisah yang berbeza. Gol pertama oleh Bruce hadir melalui tandukan kencang pada minit ke-86 perlawanan

Gol kedua yang menyusul turut dihasilkan melalui tandukan kencang pada masa kecederaan- mencetuskan idea panggilan ‘Fergie Time’.

Gol kemenangan Steve Bruce dalam perlawanan tersebut mencetuskan fenomena keraian yang tidak pernah disaksikan di Old Trafford sejak zaman Busby Babes, Dennis Law mahupun pada era Sir Bobby Charlton.

J‘Fergie Time’ secara rasminya terjelma melalui perlawanan menentang Sheffield Wednesday pada 10 April 1993 di Old Trafford.

Kejuaraan Liga Perdana Inggeris Pertama Era Sir Alex Ferguson

Pengurus Sheffield Wednesday, Trevor Francis turut mengeluh akan tempoh masa tambahan yang diberikan dalam perlawanan tersebut ketika disoal wartawan selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Sir Alex menegaskan masa tambahan yang diberikan sepatutnya adalah 12 minit dan bukan 6 minit seperti yang diperuntukkan oleh pengadil dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan ke atas Sheffield Wednesday tidak mengesahkan United terus sebagai juara liga pada musim tersebut.

Bagaimanapun, ia membantu Manchester United membina rentak konsisten untuk memenangi baki 5 perlawanan selepas itu untuk menamatkan musim 19921-1993 di kedudukan dengan kelebihan 10 mata berbanding saingan terdekat, Aston Villa.

Penutup

Kita semua tahu apa yang berlaku pada musim-musim berikutnya. Sir Alex Ferguson dan Manchester United mendominasi 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris sehingga Sir Alex bersara pada musim 2012/2013.

Gol-gol jaringan saat ‘Fergie Time’ turut terus mendominasi baki karier hebat pengurus berbangsa Scotland tersebut bersama Manchester United.

Dan siapa tahu, kemenangan hasil ‘Fergie Time’ pada malam tadi akan menjadi satu turning point buat Manchester United pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN