Jarang sekali kita lihat pemain dari Britain bermain di luar dari kepulauan British.
Lebih khusus, kita jarang melihat pemain dari England bermain di negara seperti Sepanyol atau Itali misalnya.
Untuk era millenium ini, pemain seperti David Beckham dan Owen Hargreaves antara pemain Inggeris yang pernah beraksi di liga utama lain di Eropah.
Dan kini, mereka ada Joe Hart pula!
Tak sangka perkara ini akan berlaku
Menyedari trend pemain Inggeris jarang berhijrah untuk bermain di luar dari England menyebabkan penulis sedikit pun tidak menjangka Joe Hart akan berpindah ke Itali.
Sudahlah ke Itali, ke Torino pula. Untuk standard beliau, bermain di kelab utama di Itali adalah tempat terbaik untuk nya mendapatkan masa bermain.
Semua mengetahui bagaimana Pep Guardiola ‘membuang’ beliau dari skuad, selepas hanya melihat prestasinya dalam satu perlawanan sahaja.
Bermula dengan dijadikan sebagai penjaga gol kedua dibelakang Willy Caballero, Hart kemudiannya menjadi penjaga gol ketiga selepas Claudio Bravo tiba dari Barcelona.
Lalu Hart ke Itali dengan perpindahan mengejut ke Torino secara pinjaman untuk mendapatkan masa bermain dan menawan semula hati Guardiola.
Menyesuaikan diri dengan Itali
Hart melakukan penampilan dengan Torino buat kali pertama menentang Atalanta.
Namun ia bukanlah satu penampilan yang dimahukan olehnya, apabila kesilapan yang dilakukannya membolehkan Atalanta menyamakan kedudukan menerusi Andrea Masiello.
Dan kemudiannya mereka tewas 2-1.
Hart akhirnya diperkenalkan kepada umum semalam (16 September 2016) kepada media, dan beliau mula sedikit demi sedikit mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di Itali.
Dalam sesi pengenalan itu Hart memulakan ucapannya dengan bercakap dalam bahasa Itali!
“Hai semua, terima kasih kerana datang ke majlis pengenalan saya.”
“Saya sedang belajar dalam bahasa Itali, saya gembira di sini dan saya sedang belajar perkataan-perkataan penting yang penjaga gol perlukan.”
Hart juga berkata beliau mempunyai cikgu bahasa Itali yang berdedikasi untuk membantunya mempelajari bahasa Itali dengan pantas.
Bercakap mengenai kesilapannya ketika menentang Atlanta, Hart berkata kesilapan boleh datang bila-bila masa.
“Kesilapan saya? Perkara itu boleh berlaku bila-bila masa. Apa yang penting jurulatih saya (Sinisa Mihajlovic) boleh menerima saya dengan baik dan saya bekerja keras untuk memperbaiki diri saya.”
Hart juga merasakan Serie A sangat berbeza dengan Premier League, jadi beliau perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.
Bersyukur diberi peluang
Dalam masa yang sama, Hart bersyukur kerana di peluang untuk bermain di Itali.
“Saya berada di Manchester City selama 10 tahun dan saya gembira.”
“Ia normal untuk pemain beralih arah dan saya bersyukur Torino memberi saya peluang untuk saya uji diri saya di Serie A.”
Penjaga gol utama England itu juga mengatakan beliau selalu mengikuti bola sepak Itali.
“Sejak kecil saya menonton liga Itali, saya juga tahu mengenai Torino dan sejarah mereka dengan Tragedi Superga.”
Tragedi Superga merupakan tragedi nahas kapal terbang pada 4 Mei 1949 yang mengorbankan seluruh skuad Torino ketika itu.
“Saya tahu Juventus ada disini, namun saya berbangga menjadi sebahagian dari Torino. Sejarah mereka sangat unik.”
“Saya hadapi kesukaran di Manchester dan Torino beri saya peluang untuk bermain semahu saya.”
https://youtu.be/Vf4xazKyYsc
Adakah Joe Hart akan berjaya di Itali? Apa kata anda?
Apapun, semoga berjaya buatnya!
Baca juga: 7 Senarai Pemain Bintang Yang Pernah Dipinggirkan Pep Guardiola Selain Joe Hart