Leganes Sambut Kehadiran Barcelona Ke Stadium Mereka Dengan Hadiah Sebakul Timun

Apa yang dirasakan oleh sebuah kelab kecil apabila kali pertama beraksi di liga divisyen 1?

Semestinya gembira dan teruja bukan?

Perasaan teruja itu membuak-buak apabila mereka melayan kunjugan pasukan ternama ke stadium mereka.

Dan situasi ini terjadi kepada kelab yang pertama kali sertai La Liga iaitu Leganes.

Pertama kali di divisyen tertinggi

Leganes merupakan sebuah kelab yang terletak di Butarque – wilayah yang sedikit sahaja terkeluar dari daerah Madrid, Sepanyol.

Mereka ditubuhkan pada 1928 dan sepanjang 88 tahun penubuhan mereka, ini merupakan kali pertama mereka beraksi di La Liga!

leganes-promotion

Leganes juga antara kelab yang mempunyai kapasiti stadium terkecil di La Liga. Mereka cuma mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 10,954 tempat duduk.

Stadium mereka yang diberi nama Butarque ini merupakan stadium kedua terkecil di La Liga.

Sambut Barcelona dengan timun

Leganes merupakan wilayah yang dikenali sebagai penghasil sayur-sayuran terbesar di Sepanyol.

Wilayah Leganes memang terkenal kerana penghasilan sayur-sayuran yang sangat banyak bagi memenuhi permintaan tinggi dari seluruh Sepanyol.

Dan sayuran yang paling sinonim dengan Leganes adalah timun.

Timun atau dalam bahasa Sepanyol adalah pepino merupakan sayuran yang paling banyak dieksport oleh Leganes ke luar.

Dan kerana itu pasukan mereka digelar sebagai pepineros.

Menyedari kehadiran pasukan gergasi Barcelona ke gelanggang mereka, Leganes membuat sesuatu yang istimewa bagi menyambu kehadiran pasukan Catalan itu.

Apa yang mereka lakukan adalah memberikan setiap pemain dan pegawai Barcelona yang dengan sebakul timun!

Hadiah itu diletakkan di bilik persalinan pasukan pelawat sebagai simbolik ucapan selamat datang kepada mereka.

cucumber-barca

Cara sambutan Leganes yang menyelitkan elemen yang sinonim dengan masyarakat setempat menujukkan kelab tersebut sangat dekat dengan komuniti mereka.

Tewas teruk

Walaupun diberikan sambutan yang sungguh mesra dari Leganes, tetapi Barcelona tetap garang apabila menentang pasukan baru La Liga ini.

Leganes tewas teruk 1-5 kepada Barcelona yang sungguh cemerlang pada separuh masa pertama.

Barcelona mendahului 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Lionel Messi (minit 15), Luis Suarez (minit 33) dan Neymar (minit 44).

Messi sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 55 selepas Neymar dijatuhkan dalam kotak penalti selepas menerima hantaran cantik Suarez.

barca-leganes

Rafinha menjaringkan gol ke-5 Barcelona pada minit 64 untuk memberikan mata penuh untuk pasukan pelawat.

Manakala gol Leganes dijaringkan oleh Appelt Pires pada minit ke 80.

Barcelona kini ditangga pertama liga, dan mungkin akan dipintas semula Real Madrid yang akan bermain malam ini.

Leganes pula ditangga ke 13 dengan 4 mata.

 

Baca juga: Michu Akhirnya Raikan Gol Selepas 686 Hari, Masih Gagal Selamatkan Oviedo Mara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN