Michu Akhirnya Raikan Gol Selepas 686 Hari, Masih Gagal Selamatkan Oviedo Mara

Akhirnya! bekas penyerang Swansea City Michu meraikan gol pertama beliau selepas 686 hari tanpa sebarang jaringan dan aksi bola sepak profesional.

Namun sayangnya, 2 jaringan beliau masih tidak cukup untuk membantu Real Oviedo mengelak tersingkir daripada Copa Del Rey.

Real Oviedo adalah kelab pertama yang menaikkan nama Michu dalam kerjaya bola sepak pada usia muda. Real Oviedo juga kelab yang disokong oleh Michu sejak di bangku sekolah lagi.

Dalam usia yang sudah mencecah 30 tahun – Michu terpaksa bermain lebih lama dalam perlawanan ini apabila kedua-dua pasukan terikat sepanjang 90 minit.

Ia dalah cabaran harus ditempuhi beliau setelah bergelut dengan kecederaan yang panjang sebelum ini.

Michu Raikan Gol – Oviedo Tetap Tersingkir

UCAM telah mendahului 3-1  – namun begitu Michu menjaringkan dua gol dalam tujuh minit terakhir perlawanan. Beliau membuka jaringan dari dari jarak pada minit ke-83 minit setelah bola termuntah daripada dakapan penjaga gol.

Beliau kemudiannya menanduk masuk  sepakan percuma Susaeta pada masa kecederaan minit ke-93, untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit. Namun begitu mereka akhirnya tewas selepas jaringan minit ke 110 oleh UCAM.

Ini merupakan penampilan pertama beliau profesional selepas hanya beraksi sejam dalam perlawanan Liga Europa di Stadium Wankdorf di Bern, Switzerland bersama Napoli pada Oktober 2014.

“Saya mahu meneruskannya! Namun selepas sejam di padang  buku lali saya berkata ‘cukup’.”-Michu

“Saya amat gembira melihat gol Michu, ia seperti akan memberi lebih keyakinan kepada beliau. Namun sayang sekali kita gagal mendapat keputusan yang bagus.”  kata pengurus Oviedo, Fernando Hierro.

Liku-Liku Perjalanan Karier Michu

Michu adalah penjaring terbanyak dalam EPL pada Krismas 2012. Michu menamatkan musim 2012-13 dengan 18 gol di EPL, dan 22 gol dalam semua pertandingan.

michu-swansea-garry-monk_3325202

Beliau menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama Swansea pada Januari 2013 – hari di mana pengerusi Swansea, Huw Jenkins meletakkan tag harga Michu denga nilai £ 30 juta.

Ia adalah respon ke atas khabar angin yang kuat mengaitkan beliau dengan kelab-kelab besar termasuk Arsenal.

Beliau kemudian mendapat panggilan daripada pasukan kebangsaan Sepanyol. Karier Michu nampak sangat sempurna.

024807wx77c3123_1451198887901517

Namun begitu, selepas mengalami kecederaan pada buku lali yang berterusan – persembahan beliau menurun dengan mendadak.

Michu hanya menjaringkan dua gol dalam EPL pada musim berikutnya. Beliau tidak bermain sebarang perlawanan bola sepak selepas April 2014.

Michu dipinjamkan ke Napoli pada musim panas. Di Napoli, Michu hanya bermain dalam dua perlawanan liga-selebihnya dihabiskan di pusat rawatan dan rehat di rumah kerana masalah kecederaan yang berterusan.

2408eb3900000578-2872936-image-a-40_1418507057675

Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada pergelangan kaki.  Walaubagaimanapun beliau masih menerima banyak tawaran daripada kelab-kelab dalam Liga Perdana Inggeris dan juga divisyen satu Sepanyol.

Mereka mahukan khidmat beliau dan sanggup menunggu beliau untuk sembuh. Namun begitu, Michu enggan menerima tawaran tersebut kerana bimbang beliau mungkin tidak akan pulih –  ia akan menyusahkan kelab.

Pada Krismas musim lalu, beliau telah telah mencapai persetujuan dengan Swansea untuk menamatkan kontrak semasa beliau yang sepatutnya berakhir pada 2017.

Selepas pulih – Michu menyertai kelab Union Popular Langreo,  sebuah pasukan amatur yang beraksi di divisyen ke-4 Sepanyol.

img_0470

Di sana beliau cuba mencapai prestasi fizikal yang terbaik. Beliau memang masih mengintai semula peluang kembali semula ke kancah bola sepak profesional.

Akhirnya, pada penghujung Ogos lalu, beliau menyertai Real Oviedo dan beraksi di divisyen kedua Sepanyol. Diharap 2 jaringan dalam Copa Del Rey ini akan menjadi pemangkin kebangkitan semula Michu.

michu_etapa_langreo

Paling tidak menjadi penyerang yang boleh beraksi semusim dan menjadi penjaring utama pasukan beliau.

Baca juga : Bagaimana Michu Merosot Dari Penyerang Berharga £30 Juta Kepada Pemain Kelab Amatur

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN