5 Perkara Daripada Kemenangan Arsenal Di KC Stadium

Arsenal berjaya menewaskan Hull City yang bermin 10 orang pemain dengan kemenangan komprehensif 1-4. Berikut adalah 5 perkara yang digariskan untuk Arsenal daripada kemenangan ini.

1. Sanchez Adalah False 9 Yang Boleh Dipercayai

Alexis Sanchez sekali membuktikan beliau boleh menggalas tugas sebagai pemain false 9.

Dalam analisis kami di semuanyaBOLA sebelum ini kami ada menjelaskan isu ini.

Baca juga : Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

Sanchez berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini dan hampir melakukan hat-trik namun beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti.

nintchdbpict0002675479421-e1474126860690

Jadi kini, Arsenal memiliki unit serangan yang cukup selain daripada Perez dan juga Giroud dan ia adalah variasi yang nampak sempurna untuk menukar pendekatan taktik.

2. Arahan Teknikal (team order) Arsenal

Santi Cazorla adalah pengambil sepakan penalti utama Arsenal sebelum ini. Namun dalam perlwanan ini team order itu diubah kepada Alexis Sanchez sedangkan Cazorla masih ada di dalam padang.

sanc

Sebelum ini Santi Cazorla menyempurnakan 2/2 penalti beliau termasuk gol kemenangan lewat ketika menentang Southampton.

Ia aspek yang sempurna setakat ini dan tidak rosak, jadi tidak perlu mengubahnya dan ia bukan perkara yang perlu diperbaiki buat masa ini.

3. Peningkatan Ancaman Di Dalam Kotak Penalti

Sesuatu yang mereka hilang berberapa musim ini adalah ketajaman gerakan di dalam kotak penalti. Musim lalu mereka banyak bergantung kepada hantaran yang lebih direct kepada Giroud.

Ia mengingatkan kita kepada era Thiery Henry dan Dennis Bergkamp dahulu di mana ramai pemain boleh bergerak dalam ruang sempit di dalam kotak penalti dan cuba sedaya upaya mencipta team gol yang mudah.

ars

4. Granit Xhaka Sudah Menepati Nilai £34 Juta

Hanya dengan 1 cubaan gol berkelas dunia, Granit Xhaka sudah cukup untuk dilabel pembelian yang lebih daripada berbaloi.

Ini kerana sebelum ini beliau menunjukkan kualiti beliau bermain di deep lying playmaker sambil melakukan tugasan bertahan.

xhakagoal

Gol tersebut adalah bonus yang melonjakkan terus kredibiliti beliau. Lebih manis ia dilakukan kurang daripada 24 jam jaringan Jordan Henderson menentang Chelsea sekaligus menjadi calon utama jaringan tercantik musim ini.

Diharap ia mampu meyakinkan Wenger yang sebelum ini merasakan Xhaka harus lebih berusaha untuk memenangi tempat beliau dalam pasukan Arsenal. Beliau masuk dari bangku simpanan dalam perlawanan ini.

5. Gol Seabad Theo Walcott

Musim ini adalah tahun ke-10 Theo Walcott bersama-sama dengan Arsenal dan sudah 13 tahun bermain sebagai pemain profesional. Ironinya, beliau meledak gol ke-100 beliau dalam karier dalam perlawanan menentang Hull.

Tidak mudah untuk mencecah angka 100 gol lebih lebih lagi kalau pemain yang bermain sebagai penyerang sayap.

711709_1

Baca juga : Analisis Taktikal: Liverpool Lebih Fluid, Chelsea Terputus Rangkaian Di Zon 14

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN