Semoga Tahun 2022 Menjadi Lebih Baik Buat Kita Semua

Editorial SB

Nota editor: Siri Editorial SB kembali lagi dengan kami akan memberikan pendirian mengenai isu-isu semasa bola sepak tempatan setiap minggu. Ikuti siri ini setiap Isnin dan lontarkan pendapat anda di ruangan komen.


Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai cerita menarik telah pun disaksikan oleh kita semua dari dunia bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Bola sepak tempatan menyaksikan Johor Darul Ta’zim meneruskan penguasaan mereka dalam Liga Super sambil Kuala Lumpur City muncul sebagai johan Piala Malaysia edisi ke-100.

Perkembangan bola sepak luar negara menyaksikan Manchester City kembali ke puncak Premier League sambil Chelsea menjulang kejuaraan Eropah.

Apa yang lebih menarik adalah apa yang berlaku dalam jendela perpindahan yang menyaksikan Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United dan Lionel Messi akhirnya meninggalkan Barcelona.

Cerita mengenai Harimau Malaya ada naik turunnya pada 2021. Disaat skuad muda berjaya melayakkan diri ke Piala Asia B-23 tahun ini dengan cemerlang, pasukan senior dirundung duka di Singapura.

Lebih memedihkan, episod duka Harimau Malaya berakhir ditangan Indonesia yang menewaskan kita dengan jaringan 4-1.

Keputusan buruk itu mendorong kepada perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih Harimau Malaya yang menjadi peristiwa besar pertama dalam bola sepak kita pada tahun 2022.

TERKINI: Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Jurulatih Harimau Malaya

Terima kasih atas sokongan anda

Tahun 2021 telah menjadi tahun yang rancak dengan pelbagai perisitwa bola sepak. Apa yang kami sebutkan diatas hanya beberapa peristiwa besar yang berlaku.

Adalah menjadi tugas kami sebagai media bola sepak alternatif utama anda untuk menyajikan pelbagai berita, laporan dan analisis terbaik bagi bacaan semua tidak kira di mana jua.

Malah, kami turut berterima kasih kepada anda diatas sokongan yang diberikan sepanjang tahun 2021. Tidak kira sama ada anda sekadar pembaca, atau sering memberikan komentar dan berkongsi artikel kepada rakan-rakan.

Jika tidak, masakan laporan insiden ‘nakal’ Syamim Yahya ke atas Amri Yahyah menjadi artikel paling dibaca oleh anda semua sepanjang 2021!

‘Gantung 10 Perlawanan’ – Pemain ‘Samseng’ Seperti Syamim Yahya Perlu Diberi Hukuman Berat

Anda mungkin sukakan berita mengenai kontroversi, tetapi pembaca Semuanya BOLA juga gemarkan berita yang memberikan detik penuh makna dalam bola sepak kita.

Sebagai contoh, detik penuh gentlemen skuad remaja negara telah berjaya menarik anda semua untuk turut mengagumi apa yang dilakukan oleh bintang muda kita.

“Biar Orang Buat Kita, Kita Balas Dengan Gol” – Foto ‘Gentleman’ Skuad B-22 Yang Penuh Makna

Malah perjalanan karier Safawi Rasid di Portugal juga turut menjadi perhatian anda semua selepas masanya bersama-sama Portimonense SC telah berakhir.

Walaupun kariernya tidak lama di Portugal, tetapi pastinya Safawi telah mempelajari sesuatu dari masanya di sana.

Mungkinkah Safawi Rasid Tempuhi Apa Yang Diceritakan Hidetoshi Nakata Ini?

Itu antara tiga daripada artikel paling banyak dibaca oleh anda pada 2021. Semestinya pelbagai lagi artikel menarik akan kami hasilkan untuk anda pada tahun ini.

2022 sudah pun bermula, dan kami akan teruskan tugas kami memberikan laporan berkualiti buat anda semua.

Terima kasih atas sokongan anda semua kepada kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN